Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 2, 2025
in Animasi, Artikel, Berita, Filem, Tempatan
0 0
0
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Share on FacebookShare on Twitter

Filem Ejen Ali The Movie 2 kembali mencuri tumpuan dengan pelancaran trailer rasmi kedua hari ini, selepas poster utama yang diperkenalkan semalam mencetuskan perbincangan hangat di kalangan para peminat.

Filem animasi yang dinanti ramai ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 22 Mei 2025, menjanjikan sebuah pengembaraan penuh aksi, ancaman, dan emosi.

Sebagai kesinambungan kepada Ejen Ali The Movie (2019), sekuel ini tampil dengan peningkatan ketara dari segi kualiti animasi, menawarkan visual yang memukau serta penceritaan yang padat dengan drama dan unsur konspirasi.

Trailer terbaru ini membuka tirai dengan babak misteri, melihat Ali dipanggil untuk bangkit meneruskan perjuangannya, diiringi kata-kata, “Kerja kita belum selesai…”. Perbualan emosi antara Ali dan Rizwan, bekas ejen MATA yang kini tampil dengan agenda misteri, menjadi tumpuan utama dalam klip di atas.

Dalam masa yang sama, Ali berdepan ancaman serius daripada musuh lamanya, Neonimus, yang masih menyimpan dendam terhadap Cyberaya.

Kredit: Primeworks Studios, WAU Animation

Kali ini, Ali perlu menguasai teknologi terbaru MATA — sut Satria — sambil menyesuaikan diri dengan perubahan dalam kepimpinan agensi tersebut. Kehadiran Ketua Teras baharu, Ejen Amir (Neuro) dan Ejen Elle (Inviso), membawa kelainan baru dalam strategi pasukan.

Sementara itu, kelibat Rizwan yang kini berganding dengan duo penjahat Dos dan Trez menimbulkan pelbagai persoalan, membuatkan kami tidak sabar untuk mengetahui perkembangan selanjutnya.

Kredit: Primeworks Studios, WAU Animation

Dengan iringan lagu latar yang penuh bertenaga dalam trailer ini, pengalaman menonton terasa lebih mendebarkan, sekali gus mengukuhkan keyakinan bahawa Ejen Ali The Movie 2 berpotensi mencipta impak besar, bukan sahaja di Malaysia, malah di pentas antarabangsa.

Sokongan para peminat juga terus melonjak sejak tayangan semula filem pertama pada Februari 2025, ditambah pula dengan pelancaran lagu tema rasmi Hanya Kamu nyanyian Dato’ M. Nasir, yang kini hangat di platform penstriman digital.

Kredit: Primeworks Studios, WAU Animation

Diterbitkan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation dengan kerjasama Komet Productions, Ejen Ali The Movie 2 membawa perjalanan Ali dan pasukannya ke tahap yang lebih mencabar. Dengan ancaman Neonimus yang kian memuncak, setiap langkah Ali bakal menjadi penentu kejayaan misi mereka.

Kredit: Primeworks Studios, WAU Animation

Pastikan anda bersedia untuk menyertai misi terbaharu Ali di layar perak bermula 22 Mei 2025!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ejen Ali The Movie 2
ShareTweetSend
Previous Post

Apex Legends: Prodigy – Season 25 Bakal Gegarkan META!

Next Post

The Age of Bhaarat – RPG Aksi Epik India Oleh Studio Milik Amitabh Bachchan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
Kemajuan One Piece Remake Masih Perlahan, Tetapi Kerja Berterusan, Kata Pereka Watak
Anime

Kemajuan One Piece Remake Masih Perlahan, Tetapi Kerja Berterusan, Kata Pereka Watak

June 16, 2025
MindsEye Dinobatkan Sebagai Game Paling Mengecewakan 2025
Berita

MindsEye Dinobatkan Sebagai Game Paling Mengecewakan 2025

June 16, 2025
Next Post
The Age of Bhaarat – RPG Aksi Epik India Oleh Studio Milik Amitabh Bachchan

The Age of Bhaarat – RPG Aksi Epik India Oleh Studio Milik Amitabh Bachchan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd