Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer baru Black Panther: Wakanda Forever – Shuri ganti T’Challa jadi Black Panther baru!

Alan Fikri by Alan Fikri
October 4, 2022
in Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Trailer baru Black Panther: Wakanda Forever – Shuri ganti T’Challa jadi Black Panther baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel Studios telah mengeluarkan trailer kedua Black Panther: Wakanda Forever di akaun Youtube rasmi mereka. Ini merupakan filem terakhir untuk fasa ke empat Marvel dan sekuel kedua dalam siri Black Panther. Trailer baru ini mendedahkan suit baru Black Panther selepas kematian King T’challa.

Trailer ini telah menunjukkan aksi yang lebih banyak jika nak dibandingkan dengan trailer pertama yang penuh dengan emosi dan akhirnya kita dapat melihat siapa yang dapat mewarisi King T’challa sebagai Black Panther, iaitu adiknya Shuri. Sut terbaru yang dipakai oleh Shuri tersebut jelas mewarisi penyerapan kuasa kinetik T’Challa, tetapi dengan lebih hiasan berwarna emas di seluruh sut itu.

Kita juga dapat lihat sedikit sut pertama untuk wira MCU baru iaitu Ironheart yang dilakonkan oleh Riri Williams, telah membuat penampilan sulung dalam filem ini sebelum mendapatkan siri Disney+nya sendiri.

Selain itu, beberapa adegan pergaduhan yang menampilkan ahli Dora Milaje, pelbagai aksi bawah air dari Namor dan tentera Talocan-nya, dan peperangan yang kelihatan seperti semasa pengebumian T’Challa.

Filem ini akan dibintangi oleh Letitia Wright sebagai Shuri bersama Angela Bassett sebagai Queen Ramonda. Winston Duke kembali sebagai M’baku dan Danai Gurira sebagai Okoye iaitu ketua kepada Dora Milaje yang berlawan untuk melindungi negara dari ancaman luar. Terdapat juga wajah baru yang menampilkan Tenoch Huerta sebagai Namor, Raja Talocan.

Poster baru filem ini menunjukkan beberapa barisan pelakon yang memainkan peranan penting dan suit terbaru Black Panther.

Menurut senarai teater baru-baru ini, filem Black Panther: Wakanda Forever akan mencatatkan durasi selama 2 jam 41 minit, ini menjadikannya filem fasa ke empat dan non-Avengers terpanjang di sejarah MCU. Ia akan memperkenalkan mutan baru dalam MCU, dan memfokuskan sebahagiannya pada kematian T’Challa selepas pemergian tragis Chadwick Boseman.

Filem Black Panther: Wakanda Forever akan ditayangkan pada 11 November ini di semua pawagam yang berhampiran dengan anda. Jadi mari kita bersiap sedia untuk melihat pertarungan di antara Wakanda dan Talocan dengan penampilan hero baru.

Untuk lebih banyak berita menarik mengenai Marvel, sila klik pautan ini. Jika ingin tahu tentang anime, game dan banyak lagi, boleh ikuti Gamer Santai.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black Panther: Wakanda ForeverMarvel
Previous Post

Gamers Hideout Giveaway – Menangi Switch OLED edisi Pokemon Scarlet/Violet, diskaun untuk game

Next Post

God of War Ragnarok makan masa 40 jam untuk tamat, 4.5 jam penuh cutscene!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
God of War Ragnarok makan masa 40 jam untuk tamat, 4.5 jam penuh cutscene!

God of War Ragnarok makan masa 40 jam untuk tamat, 4.5 jam penuh cutscene!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd