Warner Bros. Malaysia telah mengeluarkan trailer terbaru bagi filem Black Adam yang bakal ditayangkan pada 20 Oktober 2022.
Black Adam mengisahkan tentang seorang anti-hero Mesir yang melarikan diri dari penjara selepas 5,000 tahun. Filem ini telah dibangunkan selama lebih sedekad dengan Johnson yang telah terikat pada projek ini sejak tahun 2007. Selepas banyak kali ditunda, akhirnya Warner Bros. dan DC Extended Universe menghidupkan kembali projek ini.

Walaupun begitu, DC dan Warner Bros. terpaksa mencari jalan untuk menghubungkan jalan cerita antara Black Adam dan Shazam. Ini merupakan sekuel kepada Shazam yang telah ditayangkan pada 2019.
Bersama Black Adam, terdapat hero dari Justice Society of America, yang merangkumi Noah Centineo sebagai Atom Smasher, Aldis Hodge sebagai Hawkman, Quintessa Swindell sebagai Cyclone, Sarah Shahi sebagai Adrianna Tomaz aka Isis dan Pierce Brosnan sebagai Doctor Fate. Terdapat juga barisan pelakon lain termasuk Marwan Kenzari, James Cusati-Moyer, Bodhi Sabongui, Mo Amer dan Uli Latukefu.

Di Kahndaq purba, Teth Adam dianugerahkan kuasa para “god”. Selepas menggunakan kuasa ini untuk membalas dendam, dia dipenjarakan dan menjadi Black Adam. Hampir 5,000 tahun telah berlalu dan Black Adam telah pergi dari manusia, kepada mitos, kepada legenda. Kini dilepaskan dalam bentuk keadilannya yang unik, yang lahir daripada kemarahan, dicabar oleh wira moden yang membentuk Justice Society: Hawkman, Dr. Fate, Atom Smasher dan Cyclone.
Menurut Warner Bros. Malaysia
Saya ingin mengingatkan anda bahawa filem Black Adam akan ditayangkan bermula 20 Oktober 2022 di seluruh Malaysia. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post