Marvel Studio telah melancarkan trailer Ant-Man and The Wasp: Quantumania baru dengan memperkenalkan lebih banyak maklumat baharu di dalamnya. Filem ini adalah pembukaan kepada MCU Phase 5 dan bakal tiba di pawagam Malaysia pada 16 Februari 2023.

Di dalam trailer kali ini, kita diperkenalkan dengan lebih banyak maklumat di mana Scott Lang akan membantu Kang bagi mendapatkan semula masa yang telah hilang selama ini dan akan memberikan mereka peluang kedua. Walaupun telah diberikan amaran oleh Janer Van Dyne, Scott langsung tidak menghiraukannya.
Malang sekali Scott telah jatuh ke perangkap dan dikhianati oleh Kang sejak mempercayainya. Pelbagai aksi yang menggerunkan boleh dilihat di dalam trailer tersebut.

Selain itu, mereka juga memperkenalkan satu lagi watak yang belum diperkenalkan sebelum ini iaitu M.O.D.O.K sebagai villain. Kami tidak pasti sama ada MODOK di dalam MCU akan sama seperti yang di dalam komik atau berlainan. Tetapi dengan melihat reka bentuk yang ditunjukkan adalah berlainan.
Filem ini akan dibintangi oleh Paul Rudd (Scott Lang/Ant-Man), Evangeline Lilli (Hope Van Dyne/ Wasp), Jonathan Majors (Kang the Conqueror), Kathryn Newton (Cassie Lang), Michael Douglas (Dr. Hank Pym), Michelle Pfeiffer (Janet Van Dyne) dan ramai lagi.
Ant-Man and The Wasp: Quantumania akan menceritakan perjalanan mereka di dalam Quantum Realm dan menentang villain paling kuat selepas Thanos iaitu Kang the Conqueror. Saya ingin mengingatkan anda bahawa filem ini bakal tiba di Malaysia pada 16 Februari 2023.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai filem, siri, game dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post