Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Total War: WARHAMMER III – Forge of the Chaos Dwarfs – Orang kerdil pun brutal!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 12, 2023
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Review, PC, Real time strategy, Review, Steam
0 0
0
Total War: WARHAMMER III – Forge of the Chaos Dwarfs – Orang kerdil pun brutal!
Share on FacebookShare on Twitter

Total War: Warhammer III telah mempunyai kelancaran DLC yang agak stabil secara berterusan di mana ‘Forge of the Chaos Dwarfs’ akan menjadi expansion keempat, selepas keluaran Ogre Kingdoms, Champions of Chaos, dan Blood for Blood God. Bakal dikeluarkan pada 14 April, kami sempat mencuba expansion ini – jadi saya ingin kongsikan serba sedikit untuk apa yang anda bakal alami.

Secara umum, pek kempen Forge of the Chaos Dwarfs memperkenalkan bangsa baharu iaitu Chaos Dwarfs, ke dalam Total War: WARHAMMER III. Mereka boleh digunakan dalam kempen Realm of Chaos dan Immortal Empires. Menggunakan mereka, pemain harus mengembangkan, mengeksploitasi, dan menguasai dunia Warhammer sebagai Astragoth Ironhand, Drazhoath the Ashen, dan Zhatan the Black, dengan memanfaatkan mekanik, objektif dan unit unik yang hanya boleh digunakan oleh Chaos Dwarf.

Jalan cerita

Chaos Dwarf ialah bangsa yang dikenali sebagai pembunuh dan penyeksa tanpa belas kasihan. Setelah menjauhkan diri dari kaum kerabat mereka, para Dwarf dari Timur telah terputus dari Barat semasa Great Catastrophe (kemunculan Chaos ke Known World). Mereka mencari perlindungan di bawah Hashut, dewa api, tamak dan kezaliman, yang menurunkan mukjizatnya kepada mereka.

Dikorupsi dengan sihir yang kuat dan askar-askar neraka, kehebatan Chaos Dwarf terserlah dengan membina kilang-kilang kejam di sekitar Known World. Mereka turut menghasilkan mesin perang yang tidak pernah dilihat oleh dunia, sebagai contoh Hellcannon.

Semua ini dihasilkan untuk mencari satu perkara sahaja: The Blood of Hashut. Untuk memperolehnya, para Chaos Dwarf mesti membina Great Drill of Hashut. Untuk mencapai matlamat ini, mereka mesti mengumpul dan merosakkan empat artifak Dwarfen. Mereka berhasrat untuk mengikat artifak ini kepada Daemon, lalu membinanya menjadi komponen yang diperlukan untuk Great Drill. Setelah selesai, mereka berhasrat untuk menggali alam realiti dan menceroboh alam Hashut.

Para Legendary Lord

Astragoth Ironhand

Astragoth Ironhand merupakan High Priest kepada Hashut, dan adalah ‘Chaos Dwarf Sorcerer-Prophet’ tertua yang masih hidup. Dahulu dikenali sebagai sorceror paling kuat di Plain of Zharrduk, kuasanya mula menjadi dan badannya perlahan-lahan menjadi batu. Masalah ini hanya dapat diatasi apabila di memakai peranti mekanikal yang membolehkan badannya bergerak.

Astragoth berlawan di medan perang sebagai ahli sihir berperisai dengan sihir campuran (Api dan Hashut), serta kebolehan untuk berjalan jarak luas pada kelajuan tinggi. Bukan setakat itu, dia juga mampu berlawan dengan musuh dari jarak dekat. Tetapi jika dimainkan di bahagian kempen, Astragoth mempunyai banyak lagi abiliti lain.

Pertama, dia amat cemerlang dalam Tower Zharr dengan menjana banyak Conclave Influence berbanding mana-mana Dawi-Zharr (Chaos Dwarf) yang lain. Semua ini menjadikannya lebih sukar untuk dikalahkan.

Drazhoath the Ashen

Drazhoath the Ashen merupakan Sorcerer Prophet of Hashut. Dia adalah tuan kepada bangunan Black Fortress dan komander kepada Legion Azgorh. Selepas diasingkan ke kawasan terpencil, dia kini memerintah lokasi tersebut sambil menguatkan ilmu sihir Drazhoath dan ilmu kejuruteraan.

Selepas kemahirannya dalam sihir dan pertempuran jarak dekat mencapai tahap tinggi, Drazhoath kini antara individu paling menggerunkan di medan perang. Dia juga sama menakutkan di luar pertempuran sebagai pakar industri dan antara tokoh terhandal untuk menghasilkan persenjataan dan membangunkan penempatan.

Zhatan the Black

Zhatan the Black ialah Chaos Dwarf Commander kepada Menara Zharr. Berkhidmat untuk tuannya Ghorth the Cruel, Zhatan membekalkannya dengan tenaga buruh yang banyak dan sumber untuk menghidupkan empayar mereka yang semakin berkembang.

Sebagai Lord yang mementingkan melee (pertempuran jarak dekat), Zhatan boleh menghancurkan tulang hanya dengan berjalan kaki dan hanguskan tanah menaiki Great Taurus demi mencari pekerja buruh baharu dengan jeratnya yang sadistik.

Sebagai alternatif, dia boleh menggunakan aura Boundless Cruelty untuk menimbulkan ketakutan di dalam hati orang yang menentangnya. Berbekalkan The Obsidian Axe, Armor of Gazrakh dan Chaos Rune Shield untuk meningkatkan kebolehan tempur lebih jauh lagi, Zhatan adalah seorang pahlawan yang cukup dahsyat.

Mekanik gameplay

Economy dan Labour

Tiada bangsa yang dapat berkembang maju tanpa ekonomi yang teguh untuk membiayai mesin perang mereka, jadi pihak Dawi-Zharr pun tidak terkecuali. Para Chaos Dwarf memerlukan pekerja, dan mereka boleh memperoleh pekerja dengan menewaskan musuh dalam pertempuran atau melalui mekanik Convoy (yang akan saya terangkan di bawah), sebelum memerintahkan mereka untuk bekerja di perlombongan bagi memperoleh bahan mentah.

Bahan mentah amat penting untuk bangunan empayar Chaos Dwarf dan merupakan keperluan untuk membina bangunan dan struktur lebih maju. Selain itu, bahan mentah boleh ditukar menjadi senjata yang meningkatkan lagi kekuatan sebenar Chaos Dwarf. Senang cerita gameplay umum adalah untuk memperoleh tenaga kerja > memperoleh bahan mentah > membina bangunan dan menempa senjata > menguatkan Chaos Dwarfs.

Selain itu, jangan lupa tentang kehebatan Treasury! Boleh diperolehi dengan memenangi Battle, membina Outpost, menggunakan kilang dan menjual persenjataan melalui Convoy, Chaos Dwarf mempunyai banyak jalan untuk mendapatkan duit banyak – dan terpulang kepada anda untuk memastikan duit sentiasa mengalir.

Tower of Zharr

Tower of Zharr berdiri tegak di ibu kota Chaos Dwarfen iaitu Zharr-Naggrund dan adalah medan politik untuk Dawi-Zharr.

Dengan bertanding untuk mendapatkan kerusi dalam menara, ia akan memberikan pelbagai bonus dan ganjaran kepada Chaos Dwarf. Ia juga memberikan peluang kepada anda untuk bersaing dengan pemain sebenar (selain daripada peperangan) berkat sokongan multiplayer, yang menambah elemen co-op pada kempen melalui ciri Districts.

Districts menggalakkan semua untuk bekerjasama dengan meningkatkan Zharr-Naggrund bagi manfaat semua pemain. Bereksperimen dengan pelbagai gaya permainan, dan cuba berdiplomasi – sama ada secara adil atau tikam belakang. Tower of Zharr adalah salah satu daripada mekanik kempen yang paling mendalam, unik dan serba boleh dalam Total War: WARHAMMER setakat ini dan saya seronok mencubanya.

Hell-Forge

Para Chaos Dwarf terkenal kerana mencipta banyak mesin perang mengerikan, dan tidak pernah berhenti menguatkan alat pemusnah mereka. Tidak pernah puas, industri senjata Dawi-Zharr tidak akan berhenti sehingga ia membentuk tentera paling hebat, tanpa menghiraukan pengorbanan yang perlu diambil.

Walaupun kuat, terdapat had pada jumlah Chaos Dwarf dan unit lain yang tersedia selain daripada pekerja buruh pada satu masa. Had ini boleh dinaikkan melalui perbelanjaan persenjataan untuk membuat senjata dan perisai tambahan di Hell-Forge. Apabila had unit bertambah, begitu juga kemahiran Hell-smith, yang membuka upgrade selanjutnya.

Convoy

Chaos Dwarfs mempunyai akses kepada sistem Convoy tipikal, yang membenarkan mereka menghantar barangan dan sumber untuk mendapatkan duit. Sepanjang jalan, mereka akan diserang oleh pelbagai pihak yang cuba merompak barang dagangan itu. Tetapi jangan takut, sebagai sumber utama Chaos Dwarfs – Labour, Raw Material atau Treasury – juga boleh direbut untuk ekspedisi ini, yang membantu mengembangkan ekonomi luas Dawi-Zharr.

Content tambahan

Legendary Hero – Ulrika Magdova

Diubah kepada pontianak, Ulrika Magdova merupakan pahlawan hibrid berkacukan. Juga dianggap sebagai pahlawan yang handal, dia amat mahir dalam pertempuran jarak dekat, bahaya secara jarak jauh, dan handal dalam ahli sihir. Ulrika boleh mengisi sebarang peranan di atas medan perang, dan merupakan watak yang pasti disukai oleh ramai pemain


Buat sesiapa yang berminat, Total War: Warhammer III tersedia sekarang untuk PC manakala DLC Forge of the Chaos Dwarfs akan tersedia pada 14 April 2023. Baca segala liputan kami tentang francais Total War di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Forge of The Chaos DwarfsreviewTotal War: Warhammer III
ShareTweetSend
Previous Post

Assassin’s Creed mempunyai manhwa sendiri! Dihasilkan oleh studio Solo Leveling, Omniscient Reader

Next Post

Katalog PS Plus April 2023 – Kena, Doom Eternal, Riders Republic

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
Katalog PS Plus April 2023 – Kena, Doom Eternal, Riders Republic

Katalog PS Plus April 2023 – Kena, Doom Eternal, Riders Republic

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd