Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tony Stark kembali! Marvel’s Iron Man VR ditetapkan pada 3 Julai!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 13, 2020
in Artikel, Berita, PS4, VR
0 0
0
Tony Stark kembali! Marvel’s Iron Man VR ditetapkan pada 3 Julai!
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel’s Iron Man VR secara rasmi mempunyai tarikh keluaran baru dan akan dilancarkan untuk PlayStation VR pada 3 Julai! Game PlayStation VR akan datang ini dibangunkan oleh studio Camouflaj dan telah ditangguhkan kerana wabak COVID-19 yang sedang berlangsung. Berita baik untuk peminat kerana anda semua tidak perlu menunggu lama lagi untuk dapatkan game ini di mana pemain harus menjadi Tony Stark dan menentang penjahat bernama Ghost.

SIE Update: We are pleased to announce that Marvel's Iron Man VR will release on July 3. Please look forward to more news in the coming weeks! pic.twitter.com/aVk2khLNEW

— PlayStation (@PlayStation) May 12, 2020

“Kami sukacita mengumumkan bahawa Marvel’s Iron Man VR akan dilancarkan pada 3 Julai. Nantikan lebih banyak berita dalam minggu-minggu akan datang!” -Sony Interactive Entertainment.

Jika anda tidak tahu, game ini ditangguhkan pada awal bulan April bersama The Last of Us Part II. Pada masa itu, ia dijangka akan dilancarkan pada 15 Mei. Tetapi pada akhir April, The Last of Us Part II menerima tarikh pelepasan baru pada 19 Jun, dan kini sudah bersedia untuk pengedaran. Hanya tinggal Marvel’s Iron Man VR untuk menerima tarikh pelepasan baru, dan inilah berita yang kami nantikan. Walaupun game ini masih lambat lagi untuk dikeluarkan, ia bermakna kini ada lebih banyak masa untuk menikmati game eksklusif PlayStation lain yang bakal keluar.

Seperti disebutkan di atas, Marvel’s Iron Man VR kini siap untuk keluaran di PlayStation VR melalui PlayStation 4 pada 3 Julai. Kami pernah mencuba game ini semasa acara Penang Esports Festival 2019. Anda boleh membaca semua liputan kami di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MarvelMarvel's Iron Man VRPlayStation VRPS4vr
Previous Post

Sony melancarkan penjenamaan PlayStation Studios khas untuk game buatan mereka sendiri!

Next Post

Sony mengumumkan tiga speaker wireless baru dengan EXTRA BASS padu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sony mengumumkan tiga speaker wireless baru dengan EXTRA BASS padu!

Sony mengumumkan tiga speaker wireless baru dengan EXTRA BASS padu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd