Pada sesiapa yang tidak pernah atau tidak sempat merasa Tony Hawk’s Pro Skater yang asal pada tahun 1999 dan 2000 dahulu, anda sememangnya terlepas rasa “hype” seorang skateboarder yang teruja gila ketika game ni keluar di PlayStation! Tapi, zaman sekarang dah maju dan para Skater dan peminat Tony Hawk (skater terkenal di dunia) dah boleh bersedia dengan kehadiran Remake permainan asal ini dan ianya akan hadir 4 September ini! Iya, Tony Hawk’s Pro Skater 1 + 2 (THPS1+2) akan hadir 4 September 2020 ini di platform PlayStation 4, Xbox One dan PC via Epic Game Store.
Jadi pada anda yang ingin merasakan permainan asal yang dibuat semula ini, inilah peluang anda kerana permainan dari Activision ini memberi perubahan besar terutama pada grafiknya! Membawa anda semula ke permainan skateboard yang sangat ikonik yang dihasilkan Activision, digabungkan dalam satu koleksi, kesemua Skaters, Level dan Trick kembali dalam versi REMASTERED sepenuhnya! Dan kami sempat mencuba demo yang diberi oleh Activision kepada kami. Demo ini tidak lah lama, ianya ibarat teaser 2 minit untuk pemain merasakan kehangatannya sebelum dilancarkan secara rasmi.
Demo yang sama ini juga tersedia pada sesiapa sahaja yang telah pre-order permainan ini. Dalam demo yang kami cuba ini, level Warehouse yang asal telah dibuka dengan kami terus bermula dengan meluncur terus kebawah sambil memecahkan pintu gudang diiringi lagu Superman – Goldfinger dan Rage Against The Machine – Guerilla Radio memang menggamit zaman memuda anda lah!
Gameplay:

Dari segi kawalan, rasanya tidak banyak berbeza dari THPS 1+2 yang asal. Anda boleh menggunakan D-pad atau lebih senang menggunakan Joystick L3 untuk penggerakkan dan /
/
/
untuk melancarkan Tricks. Setiap trick ada skil-skil tersendiri yang boleh dihasilkan seperti Lip Trick dimana anda perlu tekan butang kiri +
untuk Tuck Knee Invert atau hasilkan Grab Trick dengan tekan butang bawah +
untuk Tail Grab, juga Flip Trick dengan Hardflip menggunakan butang L3 arah 11 +
. Butang
kebanyakkannya untuk melompat.
Antara skil yang turut ada adalah:
- Ollie
- 360°
- BS Overcooked
- 180 Japan
- Tuck-Knee Invert
- FS & BS Smith
- FS Nosegrind
- Switch
- The 900
- Heelflip
- Kickflip
- Dan banyak lagi~
Yang best nya dalam stage demo ini, lebih banyak skil yang saya hasilkan termasuk menggunakan skil kombo, ianya akan meninggikan bar Special Move! Lebih banyak trick Special yang dihasilkan, lebih tinggi mata yang dapat dikumpulkan dalam masa terhad yang diberikan dalam mod ini. Tetapi berhati-hati, setiap Special Trick yang dihasilkan, anda akan melihat terdapat Balanced Bar yang perlu selalu diperhatikan, jika ianya mencecah kebawah, secara auto anda akan terjatuh atau tersungkur.
Watak, board dan gear yang tersedia:
Dalam demo ini, saya hanya dapat menggunakan si tuan empunya nama permainan sahaja iaitu Tony Hawk. Tetapi jika didalam permainan penuh, semua skater asal seperti Geoff Rowley, Elissa Steamer, Kareem Campbell, Andrew Reynolds, Bob Burnquist, Steve Caballero, Bucky Lasek, Jamie Thomas, Chad Muska dan Rune Glifberg akan tersedia serta beberapa nama terbesar dari skaters moden. Setiap watak akan memberi pemain akses kepada gerakan tanda tangan epik mereka seperti “Darkside grind” Rowley dan “900” pemecah rekod asal Tony.
Tony hadir dengan set gerakan khasnya sendiri termasuk ‘The 900’ dan pemain dapat memberikan gerakan khas tambahan dari skater profesional lain dan pemain juga boleh menghasilkan profile tersendiri. Sama seperti watak yang hanya boleh digunakan hanya satu, deck atau dalam permainan adalah “board”, pakaian dan juga gear hanya ada satu pilihan, tetapi jika dalam permainan penuh, setiap barangan ini akan mempunyai statistik tersendiri untuk dipilih.
Reka bentuk dan Grafik:
Seperti yang dinyatakan di atas perenggan, stage Warehouse memang nampak realistik dan persekitaran yang tidak bosan dilihat berbanding zaman dahulu ibarat “pixel”. Contoh gambar dibawah:
Seperti yang anda lihat dari screenhot perbandingan diatas, terdapat banyak peningkatan yang luar biasa pada permainan THPS 1+2 remastered ini. Dilancarkan di PlayStation yang asli pada bulan Ogos 1999, judul pertama siri ini membantu memimpin peralihan industri permainan ke permainan 3D. Ini berkat kemajuan Sony dalam teknologi geometri dengan PlayStation dan Tony Hawk Pro Skater yang asli menetapkan standard untuk genre tersebut.
Jujur, saya agak meminati pembuatan semula permainan ini, setiap tahap yang dibina dan dibuat semula tidak melupakan sejarah THPS yang lalu, walaupun penampilan diperbaharui untuk memodenkan pengalaman secara visual, ianya tidak meninggalkan sebarang jiwa dari permainan asal. Dalam demo ini juga saya dapat melihat watak Tony Hawk juga nampak sangat realiti!
Dan selebihnya:
Soundtrack yang tersedia mencampurkan lagu-lagu popular yang lama an yang baru, tetapi aa juga beberapa lagu yang tiada dikatakan sebab isu lesen. Anda juga boleh mendengar kesemua lagu THPS 1+2 di Spotify yang disediakan. Dalam permainan, anda juga boleh mengubah lagu bila-bila masa dengan menekan butang R3.
https://open.spotify.com/playlist/37i9dQZF1DX6F6y6vVLZ8H?si=l1i6h2p_SAisk_ISv43X2g
Remaster juga akan menampilkan semua level asal dari dua permainan pertama di francais, dari Warehouse hingga The Bullring. Level tersebut boleh dimainkan secara solo dengan gol lama dan baru, dengan permainan penuh kelak yang membenarkan anda bermain dengan rakan untuk co-op tempatan, atau dalam talian dengan mod permainan multiplayer yang asli. Semua ini akan dipersembahkan dalam resolusi 4K yang menakjubkan dengan grafik yang diperbaharui dan dipertingkatkan, berjalan pada kecepatan bingkai yang lebih tajam daripada grind 50-50 yang sempurna: 60 FPS.
Create-A-Skater dan Create-A-Park Return, Dirombak
Sesuatu yang menanti dalam permainan oenuh! Lebih suka mengukir skatepark anda sendiri dengan pemain skater yang anda buat? Create-A-Skater dan Create-A-Park kembali; yang terakhir menampilkan suite penyuntingan yang mantap membolehkan anda membuat tahap penyesuaian yang luar biasa. Ingin menjadikan skatepark sebagai imaginasi paling liar anda? Semuanya menunggu anda untuk membina dan kemudian berkongsi dalam talian dengan rakan. Lepas dah buat tu nanti, jangan lupa pergi ke sosial media dengan hashtag #THPS #GOATMOMENT dan kongsikan kandungan eksklusif dan menarik dari gameplay anda di THPS 1+2!
Kesimpulannya
Jika anda memang peminat setia Tony Hawk dan memang anda seorang skateboarder yang ingin meluangkan masa untuk bermain game di rumah sebab tak dapat skate kat luar rumah sebab hujan ke~ Macam saya, saya sememangnya teruja untuk bermain permainan penuh pembuatan semula THPS 1+2 ini! Memang seronok melihat perubahan di setiap sudut kawasan, watak dan pelbagai lagi kerana segalanya nampak realistik. Tetapi nak cakap banyak sekarang ini baru demo kan~ Jadi kot ada rezeki, saya akan kongsikan pula review penuh Tony Hawk Pro Skater 1+2!
Pada anda yang berminat nak membeli THPS 1+2, anda boleh mendapatkannya pada harga RM179.00 untuk standard dan RM219.00 untuk Digital Deluxe Edition bagi pengguna PlayStation 4 di PlayStation Store. Atau anda boleh terus ke laman web rasmi Tony Hawk Pro Skater 1+2 untuk pembelian.
@gamersantaimy
Discussion about this post