Buat peminat e-sukan, kejohanan vivo X PUBG Mobile Turbo Cup Challenge Final untuk siri vivo T1 akan disiarkan secara langsung pada hari Isnin, 18 Jun 2022 jam 8 malam di halaman Facebook rasmi vivo Malaysia dan saluran YouTube rasmi vivo Malaysia.
Sebanyak 16 pasukan dari universiti yang berbeza di Malaysia bersaing untuk mendapatkan peluang mewakili Malaysia di pertandingan kejohanan serantau. 4 pasukan terbaik daripada peringkat akhir negara akan mewakili Malaysia dan bersaing dengan pasukan peringkat akhir dari Thailand, Vietnam dan Filipina. Jumlah hadiah wang tunai dalam prizepool bernilai sehingga 20,000 USD (anggaran RM88,390.00).
Untuk menambahkan keseronokan, vivo Malaysia telah mengadakan peraduan “Guess and Win” di mana korang teka pasukan mana akan menjadi juara Malaysia dalam pusingan akhir akan datang. Bermula sekarang hingga 18 Jun 2022, semua rakyat Malaysia dialu-alukan untuk menyertai peraduan teka dan menang di halaman Facebook rasmi vivo Malaysia untuk peluang memenangi Hyper Gear Mini atau kemeja-T siri vivo T1 Limited Edition Pemenang bertuah akan diumumkan pada 19 Jun 2022 di Facebook rasmi vivo Malaysia.

Bagaimana untuk sertai? Ikuti langkah berikut untuk menyertai peraduan teka & menang:
- Langkah 1: Like halaman Facebook rasmi vivo Malaysia.
- Langkah 2: Komen jawapan anda dan tag 2 rakan di ruang komen.
- Langkah 3: Kongsi posting rasmi.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.*

Untuk maklumat lanjut tentang vivo T1 series X PUBG Mobile Turbo Cup Challenge Country Final Live, sila layari Facebook rasmi vivo Malaysia.
Untuk membaca segala liputan kami tentang vivo, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post