Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tonton Lawak Kampus School Daze sekarang di YouTube! Komik kegemaran Malaysia ada animasi sendiri!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 4, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Komik, Tempatan
0 0
0
Tonton Lawak Kampus School Daze sekarang di YouTube! Komik kegemaran Malaysia ada animasi sendiri!
Share on FacebookShare on Twitter

Lawak Kampus – siri buku komik lucu paling ikonik di Malaysia akhirnya telah menayangkan siri animasi sendiri bernama Lawak Kampus School Daze! Boleh ditonton melalui YouTube sekarang, mereka baru sahaja memuat naik episod pertama pada dua hari lepas.

Bertujuan untuk menarik peminat lama dan baharu di Malaysia dan luar negara, web animasi ini dibuat sempena dengan ulang tahun ke-20 Lawak Kampus dan dibuat oleh studio tempatan Malaysia, Lil Critter Workshop, yang sebelum ini memenangi anugerah untuk siri YouTube My Little Pony – Tell Your Tale.

Menurut info lepas, sebanyak 104 animasi pendek tetang LK School Daze akan dikeluarkan di TikTok, manakala mereka akan mengeluarkan sebanyak 52 episod “penuh” di YouTube. Setiap episod berdurasi dua minit dan dikeluarkan dalam bahasa Inggeris. Versi Bahasa Malaysia pula akan tersedia secara eksklusif di Astro.

Kredit: Lil Critter Workshop

Lawak Kampus School Daze dihasilkan dengan kerjasama Kadokawa Gempak Starz (KGS), TikTok Malaysia, Astro dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh menonton video-video lain melalui YouTube rasmi mereka.

Lawak Kampus School Daze mengisahkan tentang Vanness, Aditas dan Froggy, tiga kawan baik dan rakan-rakan sekolah lain ketika mereka belajar tentang soal erti sekolah di Lawak Kampus. Sepanjang siri ini, mereka mengalami pelbagai situasi lucuk yang akhirnya menjadi tidak terkawal, sehingga mengheret rakan sekelas lain, dan juga guru mereka dalam masalah-masalah itu. Walaupun begitu, mereka tidak pernah belajar daripada kesilapan – jadi untuk apa sebenarnya mereka pergi ke sekolah…..?

Sinopsis
Kredit: Lil Critter Workshop

Lawak Kampus merupakan karya daripada Keith (Chong Kah Hwee) dan Zelo (kini diuruskan oleh Keith seorang diri); dan adalah antara buku komik paling popular di Malaysia. Sehingga sekarang, komik ini berjaya mengumpul hingga 46 jilid dan pernah diadaptasikan kepada permainan video pada 2016.

Baca segala liputan kami tentang Lawak Kampus dan juga temu ramah kami bersama penciptanya Keith di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animasiLawak KampusLawak Kampus School DazeMalaysiayoutube
ShareTweetSend
Previous Post

Arcane Season 2 Dijadualkan untuk Tayangan pada Hujung Tahun 2024!

Next Post

ONE PIECE Live Action Kini Siri Popular Di Netflix! Bakal Saingi Stranger Things & Wednesday!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
ONE PIECE Live Action Kini Siri Popular Di Netflix! Bakal Saingi Stranger Things & Wednesday!

ONE PIECE Live Action Kini Siri Popular Di Netflix! Bakal Saingi Stranger Things & Wednesday!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd