Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tonton Bilal The Movie dalam Bahasa Melayu! Filem animasi berdasarkan Bilal bin Rabah

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 17, 2023
in Animasi, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Tempatan
0 0
0
Tonton Bilal The Movie dalam Bahasa Melayu! Filem animasi berdasarkan Bilal bin Rabah
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena pengakhiran tidak lama lagi, Durioo+ telah menayangkan filem animasi 3DCG ‘Bilal The Movie‘ aka Bilal: A New Breed of Hero di platform streaming mereka sejak 15 April 2023! Bukan itu sahaja, Durioo+ turut menambah lakonan suara Bahasa Melayu buat penonton di Malaysia!

Memakan kos produksi sebanyak RM120 juta, Bilal The Movie asalnya dikeluarkan 2015 dan berdasarkan kisah sebenar Bilal bin Rabah, seorang sahabat nabi dan muazin pertama dalam Islam, dipilih oleh Nabi Muhammad. Diarahkan bersama oleh Khurram H. Alavi dan Ayman Jamal, dan lakon layar oleh Alavi, Alex Kronemer, Michael Wolfe dan Yassin Kamel, filem ini bertujuan untuk menceritakan kisah tokoh-tokoh Islam dari sejarah.

“Ini adalah kisah sebenar seorang lelaki bernama Bilal yang hidup pada zaman dahulu kala di Mekah. Dia adalah seorang bekas hamba yang memeluk agama Islam dan menjadi sahabat Rasulullah SAW.

Filem ini mengisahkan perjuangan Bilal dalam menghadapi penindasan dan kekejaman dari orang kafir Quraisy di Mekah, serta peranan pentingnya dalam menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia. Dalam filem ini, anda akan menyaksikan kegigihan dan keberanian Bilal dalam menentang kezaliman dan mencari kebebasannya, serta bagaimana ia menjadi inspirasi untuk orang-orang Islam di seluruh dunia.

Saksikanlah filem ini (di Durioo+) untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah hidup Bilal yang penuh dengan cabaran dan pengorbanan, serta bagaimana ia menjadi simbol perjuangan kebebasan dan keadilan dalam sejarah Islam.” – Sinopsis rasmi

Bilal the Movie terbukti cukup hebat dan berjaya memenangi “Filem Inspirasi Terbaik” pada Hari Animasi di Festival Filem Cannes 2016. Ia juga memenangi “Filem Inovatif Terbaik” di BroadCast Pro Middle East Award 2016. Buat sesiapa yang berminat untuk tonton Bilal The Movie, jangan lupa untuk langgan Durioo+ sekarang yang ditawarkan pada harga RM12.90 sebulan ataupun RM149.90 setahun.


Sumber – Durioo+, Aksiz

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bahasa MelayuBilal The MovieMalaysia
ShareTweetSend
Previous Post

“Guardian of the Galaxy Vol 3 adalah filem Standalone” – Kata James Gunn

Next Post

Jujutsu Kaisen: Harapan Untuk Gojo Terlepas Daripada Prison Realm Semakin Cerah! [SPOILER]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Jujutsu Kaisen: Harapan Untuk Gojo Terlepas Daripada Prison Realm Semakin Cerah! [SPOILER]

Jujutsu Kaisen: Harapan Untuk Gojo Terlepas Daripada Prison Realm Semakin Cerah! [SPOILER]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd