MSI membuat keputusan sukar untuk membatalkan kehadiran fizikal mereka di acara CES 2022, salah satu konvensyen paling besar untuk pengguna elektronik pada tahun ini. Walaupun begitu, masih ada banyak pengumuman menarik yang menanti kerana mereka akan mengadakan acara MSI: Gameverse untuk memperkenalkan produk terbaru pada tahun 2022.

Acara ini akan diadakan sepenuhnya secara dalam talian di mana pihak MSI bakal mengumumkan produk mereka yang akan datang. Sangat berbeza daripada pameran perdagangan besar secara bersemuka, keputusan ini dibuat untuk “keselamatan pekerja, pelanggan dan para peminat.”
“Sejak Disember, varian Omicron yang semakin berkembang telah membawa peningkatan kes COVID-19 di Amerika Syarikat. Kesihatan dan kesejahteraan pekerja, pelanggan dan para peminat adalah keutamaan kami. Oleh itu, kami telah memutuskan untuk tidak mengambil bahagian secara peribadi di CES 2022 dan akan menyertai pameran itu secara maya dengan pelancaran produk dalam talian,”
kata Sam Chern, Naib Presiden Pemasaran MSI.
Bagi mereka yang berminat, MSI: Gameverse akan berlangsung pada 5 Januari jam 5 pagi tetapi penonton di Malaysia boleh melihat siaran langsung eksklusif untuk negara kita pada hari yang sama jam 9 malam. Bukan itu sahaja, acara kedua iaitu MSI-Verse akan berlangsung pada hari yang sama, 5 Januari hingga 8 Januari.
Tonton di sini untuk siaran langsung Malaysia
Bagi mereka yang kurang tahu, setiap acara akan memfokuskan pada bahagian-bahagian yang berbeza. MSI: Gameverse hanya akan mempamerkan barisan laptop gaming MSI pada tahun 2022. Sementara itu, MSI-Verse akan menumpukan pada aspek gaming, penciptaan kandungan, dan kategori perniagaan & produktiviti. MSI-Verse juga akan mempunyai elemen interaktif, membolehkan peserta maya bermain macam-macam jenis aktiviti dan memperoleh syiling maya, malah berpeluang memenangi beberapa hadiah menarik seperti laptop MSI baru.

Jika anda peminat MSI atau sahaja ingin melihat barisan laptop terbaru, jangan lupa tonton acara MSI: Gameverse pada malam ini jam 9 PM.
@gamersantaimy
Discussion about this post