Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tomb Raider Reloaded – Ikuti pengembaraan Lara Croft di iOS & Play Store!

safwan by safwan
February 2, 2023
in Action, Android, Artikel, Berita, Game Baru, iOS, Mobile, Puzzle
0 0
0
Tomb Raider Reloaded – Ikuti pengembaraan Lara Croft di iOS & Play Store!
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan kerjasama Emerald City Games, CDE Entertainment telah mengumumkan yang Tomb Raider Reloaded akan dilancarkan pada 14 Februari 2023 di seluruh dunia melalui iOS dan juga Google Play.

Pre-register juga telah dibuka bagi sesiapa yang berminat. Bagi sesiapa yang membuat pre-register sebelum tarikh pelancaran, anda akan menerima dual pistol versi Golden.

Dalam game ini, anda akan bermain sebagai Lara Croft dan ikuti pengembaraannya untuk mendapatkan artifak Scion purba melalui pelbagai tempat yang mengandungi bermacam-macam perangkap dan teka-teki yang berbahaya. Untuk mengharungi semua itu, anda boleh lakukan “swan-diving, cliff-climbing dan back-flipping”.

Sepanjang pengembaraan ini berlangsung, anda akan diberikan ganjaran seperti XP modifier, rune yang boleh digunakan untuk menaikkan stat Lara dan Manual untuk membuka dan naik taraf pakaian Lara. Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh gunakan perk untuk meningkatkan ability yang ada pada lara dan naik taraf senjata Lara untuk menjadi yang lebih kuat.

Memandangkan Tomb Raider Reloaded adalah game roguelike pertama yang berada dalam francais ini, mereka akan membawa anda mengembara bersama Lara Croft ke lokasi yang ikonik termasuk City of Vilcabamba, the Lost Valley dan St. Francis’ Folly.

Game ini juga mempunyai cabaran harian dan mingguan melalui pelbagai acara termasuk Temple of the Sun (pemain perlu bertahan melawan musuh) dan mode tambahan seperti Tomb Exploration yang menghasilkan khazanah tambahan.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Tomb Raider Reloaded akan dilancarkan pada 14 Februari 2023 di iOS dan Google Play. Bagi sesiapa yang berminat untuk pre-register game ini, anda boleh KLIK DI SINI untuk iOS manakala untuk pengguna Android, boleh ke GOOGLE PLAY STORE sekarang.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Tomb RaiderTomb Raider Reloaded
Previous Post

‘SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake’ kini tersedia di Switch, PC, PS4 & XB1 – Selamatkan Bikini Bottom!

Next Post

Koleksi UT UNIQLO Attack on Titan Akan Tersedia di Malaysia 20 Mac ini!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Koleksi UT UNIQLO Attack on Titan Akan Tersedia di Malaysia 20 Mac ini!

Koleksi UT UNIQLO Attack on Titan Akan Tersedia di Malaysia 20 Mac ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd