Sebagai mengakhiri giveaway pada tahun ini, Epic Games Store telah menawarkan salinan percuma Trilogi untuk Tomb Raider Reboot. Anda mempunyai masa seminggu untuk menuntut game percuma ini! Anda boleh menuntutnya bermula hari ini sehinggalah 7 Januari 2022!
Trilogy Tomb Raider yang diberi termasuklah pengembangan tambahan pada game tersebut seperti, Rise of the Tomb Raider: 20-Year Celebration yang mengandungi tahap kesukaran Extreme, mod co-op dan DLC lain. Manakala Shadow of the Tomb Raider: Definitive Edition mempunyai segala DLC dan kosmetik tersedia. Anda boleh klik pada pautan berikut untuk terus ke laman game tersebut untuk menuntutnya:
- Tomb Raider
- Rise of the Tomb Raider: 20-Year Celebration
- Shadow of the Tomb Raider: Definitive Edition

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk memilik siri trilogi ini sebelum ia kembali kepada harga asalnya yang boleh mencecah RM 500. Memang anda akan berjimat kaw-kaw untuk bermain game ini. Jika anda ingin tahu, francais Tomb Raider sudah berusia 25 tahun pada tahun ini. Terdapat pelbagai cara ianya diraikan, antaranya video mengenai francais ini, latar belakang game, temu ramah bersama pembangun francais dan banyak lagi. Trilogi Tomb Raider percuma ini mungkin salah satu daripadanya.
Walaupun sudah lama tidak melihat Lara Croft beraksi sejak game terakhirnya pada tahun 2018. ia pasti sesuatu yang menyeronokkan untuk kembali pada francais ini dan memulakan semula pengembaraan bersama Lara. Lebih-lebih lagi dengan versi Lara Croft yang terbaru dan makam-makam indah yang terbiar dalam trilogi reboot ini.

Selain daripada itu, jualan Holiday Epic masih lagi berlangsung jika anda ingin membeli game lain yang tersedia dalam platform tersebut. Bukan setakat itu sahaja, anda akan mendapat kupon RM40 untuk mendapatkan diskaun lebih untuk pembelian game. Tetapi cuma game yang berharga RM 60 ke atas sahaja yang boleh menggunakan kupon tersebut. Anda boleh membeli banyak game menggunakan kupon tersebut!
Jika anda ingin melihat liputan lain mengenai game percuma, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post