Tom and Jerry: Chase, game “fast-paced 1v4 asymmetric” yang dikembangkan oleh NetEase Games dan dilesenkan oleh Warner Bros. Interactive Entertainment, telah mengumumkan permulaan musim kedua, dengan mendedahkan banyak ciri baru ketika permainan melebihi 8 juta muat turun di Asia Tenggara hanya selepas dua bulan pelancaran.
Season 2 menampilkan acara besar, bonus-bonus istimewa dan item bernilai yang ditambahkan ke Chase Pass. Pemain akan dapat membuka watak Tutz dan skin S-class, Flower Wedding Dress, serta meneroka pelbagai kandungan baru. Bersama dengan pelancaran Season 2, Tom and Jerry: Chase juga telah dipilih sebagai salah satu calon untuk Google Play: The Users’ Choice Award Category for 2020 di Indonesia dan Thailand!
Sejak dilancarkan pada bulan Ogos, Tom and Jerry: Chase telah menambahkan banyak elemen supaya peminat terus menikmati permainannya yang unik, watak-watak yang bervariasi dan pertempuran yang menyeronokkan. Kemas kini ini merangkumi watak klasik baru seperti Toddles Galore, Cowboy Tom, Devil Jerry, Pirate Jerry dan banyak lagi.
Peta Space Fortress juga memberikan pengalaman baru kepada pemain ketika mereka bertarung dalam persekitaran tanpa graviti, manakala aktiviti Beach Volleyball membawa mod permainan lain untuk dikuasai.
Sempena Hari Kesyukuran, Tom and Jerry: Chase menampilkan acara bertema dengan cabaranharian yang menjamin pek hadiah bagi setiap peserta dan akan mengadakan jualan besar pada Black Friday di mana pemain dapat membeli barang-barang unik pada harga yang rendah dan menikmati diskaun 50% untuk watak-watak popular seperti Detective Jerry, Topsy dan skin premium lain.
Pada masa yang sama, Season 2 akan menyambut dua watak baru iaitu satu kucing dan satu tikus ke arena. Salah satuny berasal dari syurga tapi boleh ke anda teka siapa itu? Masih banyak lagi yang tersembunyi dalam permainan. Ayuh kita memulakan perjalanan baru di Tom and Jerry: Chase!

@gamersantaimy
Discussion about this post