Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tokyo Game Show 2024 Business Day Kini Dibuka Untuk Prapendaftaran!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 30, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Industri, Pameran/Expo
0 0
0
Tokyo Game Show 2024 Business Day Kini Dibuka Untuk Prapendaftaran!
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi para profesional dan usahawan dalam industri gaming yang merancang untuk menghadiri Tokyo Game Show 2024 (TGS2024) semasa tempoh Business Day pada 26 September dan 27 September, prapendaftaran berbayar kini telah dibuka di laman web rasmi TGS.

\サポーターズクラブチケット二次販売は12時から/
特典付きのサポーターズクラブチケット
二次販売は本日12時からです!✨

予定枚数に達し次第、販売終了となります🙇https://t.co/LHXQdJRJrR

⚠開催時間にご注意⚠
9月28日(土)と29日(日)で
開場時間/閉場時間が異なります💫…

— TOKYO GAME SHOW/東京ゲームショウ (@tokyo_game_show) July 21, 2024

TGS2024 dihoskan oleh Computer Entertainment Supplier’s Association, bersama Nikkei Business Publications, Inc. dan Dentsu Inc. dan akan berlangsung di Makuhari Messe dari 26 September hingga 29 September 2024.

TGS2024 Business Day pula adalah untuk pelawat yang terlibat dalam perniagaan berkaitan permainan video/game, dan menyediakan persekitaran yang memudahkan mereka menjalankan perbincangan dan rundingan perniagaan. Selepas melengkapkan prapendaftaran untuk Business Day, mereka yang telah membuat pradaftar boleh menjadualkan janji temu dengan peserta pameran sebelum pameran bermula dengan menggunakan TGS Business Matching System.

Sistem janji temu ini disediakan oleh sekretariat TGS dan tersedia mulai 9 Ogos. Jika membeli Gold Pass, anda boleh menikmati faedah seperti menjadualkan mesyuarat dengan pelawat lain selain peserta pameran, kemasukan lancar di kaunter khusus , dan akses ke ruang istirahat perniagaan yang disediakan di Makuhari Messe International Hall pada hari acara.

Jika mempunyai “Business Day Pre-Registration Code” yang diedarkan oleh peserta pameran kepada para profesional dalam perniagaan game, sila lengkapkan prapendaftaran percuma secara online sebelum melawat TGS2024. Jika tidak mempunyai “Business Day Pre-Registration Code”, sila pradaftar untuk membeli sama ada Business Day Ticket atau Gold Pass.

Bagi mereka yang berminat, sila ambil perhatian bahawa anda dikehendaki menjalani proses saringan dan menunjukkan penglibatan profesional dalam industri gaming untuk membuat prapendaftaran supaya dapat menyertai Business Day.

Harga Tiket

  • Business Day Ticket – JPY 11,000 (termasuk cukai)
    • Prapendaftaran adalah percuma dengan “Business Day Pre-Registration Code” yang disediakan oleh peserta pameran kepada rakan kongsi yang berkaitan.
  • Gold Pass – JPY 27,500 (termasuk cukai)
    • Faedah termasuk penggunaan ruang istirahat, temu janji mesyuarat menggunakan sistem padanan,dll
    • Dengan “Business Day Pre-Registration Code”, anda boleh membeli Gold Pass pada harga JPY 16,500 (termasuk cukai) 

Jika berminat, anda boleh membeli tiket di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Tokyo Game Show 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Sonic X Shadow Generations Menambah Stage Baru & Skin Khas Untuk Kedua Protagonis!

Next Post

Astro Bot Limited Edition DualSense Diumumkan, Pre-Order Bermula 9 Ogos!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Astro Bot Limited Edition DualSense Diumumkan, Pre-Order Bermula 9 Ogos!

Astro Bot Limited Edition DualSense Diumumkan, Pre-Order Bermula 9 Ogos!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd