Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

TOHO Akan Kembali Dengan Filem Godzilla Terbaru Pada November 2023!

Maira by Maira
November 4, 2022
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
TOHO Akan Kembali Dengan Filem Godzilla Terbaru Pada November 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Sementara menunggu filem Godzilla vs Kong 2, nampaknya ada lagi satu filem yang akan membuatkan peminat Kaiju gergasi ini teruja. Sebuah lagi filem Godzilla akan ditayangkan pada tahun 2023. Jom kami ceritakan lebih lanjut kepada anda.

ゴジラ最新作、製作決定。
監督:山崎貴
2023年11月3日(金)公開。 pic.twitter.com/2ZxeMaNeUB

— ゴジラ (@godzilla_jp) November 3, 2022

Melalui pengumuman rasmi di Twitter, filem Godzilla yang terbaru itu akan ditayangkan pada 3 November 2023 di Jepun. Buat masa ini, sebarang maklumat lanjut tentang produksi ini masih belum didedahkan. Tetapi pengarah filem, Takashi Yamazaki akan menjadi penulis serta mengarahkan filem tersebut.

Godzilla 2023

Kalau anda ingin tahu, pengarah ini terkenal dengan filem-filem seperti Stand by Me Doraemon, filem CGI Doraemon dan adaptasi Parasyte. Mungkin maklumat baru akan diumumkan kelak menjelang tayangan filem itu. Ini juga merupakan kali pertama Yamazaki mengarahkan filem untuk francais ini.

Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi 3 November sebenarnya tarikh yang penting untuk francais ini kerana ianya digelar sebagai “Godzilla Day”. Jadi memang tidak pelik mengapa tarikh tersebut dipilih untuk tayangan filem Godzilla yang baru. Kali terakhir kita melihat filem Godzilla daripada TOHO ialah pada 2016 dengan tayangan Shin Godzilla.

Godzilla 2023

Walaupun ia merupakan sambungan daripada penghasilan filem daripada TOHO, tetapi masih tidak tahu jika ia berkait dengan filem-filem terdahulu seperti Godzilla pada tahun 2014 dan Godzilla: King of the Monsters pada tahun 2019. Yang pasti ia tidak ada kena dengan sekuel Monsterverse yang sedang dibangunkan oleh Warner Bros dan Legendary Pictures yang melibatkan Godzilla dan King Kong.

Agaknya apalah yang TOHO akan berikan kepada kita nanti dalam filem terbaru Godzilla 2023 nanti? Tidak sabar untuk tunggu pendedahan lanjut filem tersebut. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Godzilla daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GodzillaTOHO
Previous Post

Atomic Heart akan keluar 21 Februari 2023 untuk PC & konsol!

Next Post

AMD umum Radeon RX 7900 XTX & 7900 XT, bakal tersedia pada bulan Disember 2022!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
AMD umum Radeon RX 7900 XTX & 7900 XT, bakal tersedia pada bulan Disember 2022!

AMD umum Radeon RX 7900 XTX & 7900 XT, bakal tersedia pada bulan Disember 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd