Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

TMNT: The Cowabunga Collection Review –Koleksi Khas Game TMNT Untuk Peminat!

Maira by Maira
September 26, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Review, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
TMNT: The Cowabunga Collection Review –Koleksi Khas Game TMNT Untuk Peminat!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah banyak game klasik yang dihidupkan semula untuk dimainkan pada konsol terkini. Antaranya ialah Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT): The Cowabunga Collection. Game klasik daripada Konami ini membawa semula peminat lama dan peminat baru terhadap game daripada francais hebat ini. Bukan setakat itu sahaja, TMNT: The Cowabunga Collection juga berfungsi dengan baik malah lebih mudah diakses untuk semua pemain. Ingin tahu lebih lanjut? Teruskan baca review kami ini!

Dalam Teenage Mutant Ninja Turtles: The Cowabunga Collection, terdapat 13 game yang tersedia. Berikut merupakan senarai penuh game TMNT yang anda boleh mainkan:

  • Teenage Mutant Ninja Turtles (Arcade)
  • Teenage Mutant Ninja Turtles: Turtles in Time (Arcade)
  • Teenage Mutant Ninja Turtles IV: Turtles in Time (SNES)
  • Teenage Mutant Ninja Turtles: Tournament Fighters (SNES)
  • Teenage Mutant Ninja Turtles: The Hyperstone Heist (Genesis)
  • Teenage Mutant Ninja Turtles: Tournament Fighters (Genesis)
  • Teenage Mutant Ninja Turtles (NES)
  • Teenage Mutant Ninja Turtles II: The Arcade Game (NES)
  • Teenage Mutant Ninja Turtles III: The Manhatten Project (NES)
  • Teenage Mutant Ninja Turtles: Tournament Fighters (NES)
  • Teenage Mutant Ninja Turtles: Fall of The Foot Clan (Gameboy)
  • Teenage Mutant Ninja Turtles II: Back From The Sewers (Gameboy)
  • Teenage Mutant Ninja Turtles III: Radical Rescue (Gameboy)

Kalau anda lihat elok-elok pada senarai tersebut, mungkin anda perasan bahawa ada game yang mempunyai tajuk yang sama. Kalau anda ingin tahu, konsol pada zaman dulu sangat berbeza antara satu sama lain malah game yang mempunyai tajuk yang sama juga boleh menjadi game yang berbeza mengikut platform. Sebagai contoh, TMNT: Tournament Fighters yang mempunyai roster, stage dan mode yang berbeza pada setiap platform.

Ada sebab mengapa ramai yang teruja dengan koleksi game ini. Untuk pengetahuan anda, TMNT antara francais yang mempunyai adaptasi game yang menyeronokkan malah game Turtles in Time versi SNES masih lagi diminati oleh ramai pemain. Ia mempunyai sprite yang berwarna-warni, pertempuran yang pantas serta muzik yang mengasyikkan.

Game TMNT pertama di Arked juga boleh tahan hebatnya. Ia mempunyai animasi piksel lancar yang mereplikasikan gaya seni 80-an malah ia mempunyai ciri co-op empat pemain yang boleh dimainkan bersama kawan dan keluarga. Memandangkan game ini dilancarkan semula ke konsol baru, ia memang langkah yang tepat untuk pemeliharaan game ini.

Seperti game fighting yang lama, TMNT: Tournament Fighters terasa agak kuno gameplaynya jika dibandingkan dengan game yang lebih moden. Walaupun begitu keseronokan bermain itu masih lagi kekal dengan sprite watak yang baik serta mode story yang memberikan banyak kandungan single-player.

Pengalaman bermain

Setiap game dalam koleksi boleh dimainkan dengan baik. Tiada langsung masalah glitch dan masalah frame. Seperti game koleksi yang lain, ia mempunyai pilihan untuk menukar latar belakang atau filter untuk kelihatan lebih retro. Tetapi kalau anda mahu kekal dengan grafik sedia ada pun tidak menjadi masalah.

Selain itu, game ini juga sangat mudah untuk dimainkan oleh pemain baru dan kasual. Anda boleh undur semula game untuk menyelamatkan diri daripada kalah. Ciri ini sangat bagus untuk mereka yang tidak suka untuk mengulanginya daripada awal. Terdapat juga “watch mode” yang membenarkan pemain untuk melihat playthrough game. Malah siap boleh terus bermain dari titik permulaan yang diingini. Memang sangat sesuai untuk anda yang malas nak ulang pertarungan yang sama.

Terdapat juga beberapa penambahbaikan yang boleh diakses melalui menu utama. Tetapi ini semua bergantung kepada setiap game. Untuk game arked, ia mempunyai “God Mode” yang membolehkan anda untuk “rosak”kan game TMNT. Untuk game lain, contohnya game NES, ia membenarkan anda untuk hidup atau matikan fungsi slow down. Pemain “hardcore” mungkin tidak menyukainya, tetapi ia sememangnya ciri bagus untuk pemain yang kurang berpengalaman.

Prestasi dalam talian

Terdapat empat game dalam koleksi ini yang membenarkan pemain untuk bermain dalam talian iaitu TMNT: The Arcade Game, Turtles In Time (Arcade), Hyperstone Heist, and TMNT: Tournament Fighters (SNES). Malah ia juga mempunyai rollback netcode yang tersedia dalam game fighting terbaru.

Anda mempunyai dua pilihan untuk bermain dalam talian, sama ada membuat lobi sendiri dan memasuki lobi yang sedia ada. Dengan menyertai lobi yang tersedia, anda akan diberitahu tentang watak serta level mereka. TMNT Arcade dan Turtles in Time mempunyai mod co-op 4 pemain, Hyperstone Heist pula mempunyai co-op 2 pemain manakala Tournament Fighters mempunyai mod PvP seperti kebanyakan game fighting. Mode ini memang mudah untuk dimainkan tetapi kalau ada lebih banyak game dalam koleksi ini yang mempunyai ciri dalam talian, mungkin lebih bagus. Semua penambahbaikan juga boleh dimatikan untuk bermain dalam talian.

Bercerita tentang prestasinya, ia memang baik tetapi itu pun jika mempunyai lebih daripada dua pemain. Kadang-kadang ia seperti terganggu apabila lebih daripada dua pemain memasuki game. Agak jengkel juga apabila perkara seperti itu terjadi.

Fanservice untuk peminat

Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT): The Cowabunga Collection juga menyediakan seni konsep tentang game. Di menu, anda boleh akses “Turtles Lair”, iaitu hab yang mempunyai hampir 4000 seni konsep, visual utama, manual, artikel majalah, art box, muzik dan segala perkara lain yang berkaitan dengan TMNT. Terdapat juga panduan strategi untuk memudahkan anda bermain.

Fanservice ini sememangnya sesuatu yang khas diberikan kepada peminat lebih-lebih lagi pemain lama. Koleksi ini juga bermula dengan pembukaan Arcade yang berdasarkan siri 80-an.

Kesimpulan

Senang cerita, TMNT: The Cowabunga Collection ini merupakan koleksi yang mantap untuk pemain dan juga peminat. Dengan 13 game yang tersedia, ia memberikan keseronokan yang bagus untuk setiap genre yang tersedia. Game ini juga lebih mudah diakses dengan penambahbaikan serta mod terbaru. Tidak dilupakan juga dengan segala fanservice yang diberikan dalam game ini. Walaupun harganya agak mahal, tetapi agak berbaloi untuk dapatkan game retro ini dengan segala ciri yang tersedia.

TMNT: The Cowabunga Collection sudah tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam.

Untuk membaca segala review daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Cowabunga Collection

7 Score

PROS

  • Semua game boleh dimainkan dengan lancar tetapi mempunyai sedikit masalah teknikal
  • Penambahbaikan yang baik untuk diakses pemain baru
  • Penuh dengan fanservice

CONS

  • Mode multiplayer mempunyai banyak masalah

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: Teenage Mutant Ninja Turtles: The Cowabunga CollectionTMNTTMNT: The Cowabunga Collection
Previous Post

“PS5 FIFA 23 Bundle” mula dijual pada 30 September 2022, bernilai RM2769!

Next Post

Helmet Rasmi Ultraman kini dijual di Malaysia – Rider Boleh Pilih antara Taro atau Tiga!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Helmet Rasmi Ultraman kini dijual di Malaysia – Rider Boleh Pilih antara Taro atau Tiga!

Helmet Rasmi Ultraman kini dijual di Malaysia - Rider Boleh Pilih antara Taro atau Tiga!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd