Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

TMNT: The Cowabunga Collection Mendapat Update Major! Diskaun Khas Game Turut Tersedia!

Maira by Maira
December 23, 2022
in Artikel, Berita, Game, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
TMNT: The Cowabunga Collection Mendapat Update Major! Diskaun Khas Game Turut Tersedia!
Share on FacebookShare on Twitter

Konami Digital Entertainment Limited (KONAMI) telah mengumumkan bahawa game Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT): The Cowabunga Collection akan mendapat kemas kini besar. Patch pertama akan memberikan penambahbaikan terbaru kepada game untuk memberikan pengalaman bermain lebih menarik kepada pemain.

Selain itu, mode dalam talian juga ditambah baik selepas permintaan yang banyak daripada peminat. Game TMNT IV: Turtles in Time (Super Nintendo) juga akan ditambah ke dalam mode tersebut dalam patch ini. Teenage Mutant Ninja Turtles III: The Manhattan Project (NES) pula akan tersedia dalam kemas kini yang akan datang.

Sebagai tambahan, terdapat tip dan trick baru yang ditambah dalam panduan strategi untuk membantu pemain dalam game Tournament Fighter dan Master Splinter. Quality-of-Life juga membawa beberapa ciri baharu seperti button mapping, tambahan filter skrin untuk semua game GameBoy dan banyak lagi.

Kalau anda masih belum bermain game ini, bolehlah dapatkannya sepanjang tawaran semasa sambutan Krismas dan Tahun Baru Cina! Ia juga tersedia di pelbagai platform. Berikut adalah tempoh diskaun untuk TMNT: The Cowabunga Collection sepanjang musim Krismas:

  • Sony Interactive Entertainment: 21 Disember 2022 – 6 Januari 2023
  • Steam: 22 Disember 2022 – 5 Januari 2023
  • Microsoft Store: 15 Disember 2022 – 3 Januari 2023

Kalau anda ingin tahu, koleksi ini akan menawarkan 13 game sekali gus daripada zaman retro 8-bit, 16-bit sehingga ke arked. Berikut adalah senarai game yang terkandung dalam koleksi ini:

  • Teenage Mutant Ninja Turtles (Arcade)
  • TMNT: Turtles in Time (Arcade)
  • Teenage Mutant Ninja Turtles (NES)
  • TMNT II: The Arcade Game (NES)
  • TMNT III: The Manhattan Project (NES)
  • TMNT IV: Turtles in Time (SNES)
  • TMNT: The Hyperstone Heist (Genesis)
  • TMNT: Fall of the Foot Clan (Game Boy)
  • TMNT II: Back from the Sewers (Game Boy)
  • TMNT III: Radical Rescue (Game Boy)
  • TMNT: Tournament Fighters (NES)
  • TMNT: Tournament Fighters (SNES)
  • TMNT: Tournament Fighters (Genesis)

Banyak, betul tidak? Bolehlah anda main sepuas hati nanti. Kami juga ada memberikan review untuk game ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai TMNT daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Teenage Mutant Ninja Turtles: The Cowabunga CollectionTMNTTMNT: The Cowabunga Collection
Previous Post

God of War Ragnarok ‘New Game+’ dalam pembikinan, akan datang 2023!

Next Post

Sonic Frontiers tambah DLC ‘Krismas’ percuma, tuntut sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sonic Frontiers tambah DLC ‘Krismas’ percuma, tuntut sekarang!

Sonic Frontiers tambah DLC 'Krismas' percuma, tuntut sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd