Dengan kerjasama Nickelodeon, Paramount Pictures telah mengesahkan yang filem animasi Teenage Mutant Ninja Turtles (TMNT): Mutant Mayhem bakal ditayangkan di Malaysia pada 3 Ogos 2023 dengan mengeluarkan teaser trailer.
Syarikat pawagam Malaysia GSC dan juga TGV juga telah mengesahkan yang mereka akan menayangkan filem ini pada bulan Ogos ini. Berikut adalah sinopsis TMNT: Mutant Mayhem:

Dalam Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem, selepas bertahun-tahun terlindung dari dunia manusia, adik-beradik Turtle berusaha untuk memenangi hati warga New York dan diterima sebagai remaja biasa melalui aksi hero. Rakan baharu mereka April O’Neil membantu mereka menghadapi sindiket jenayah misteri, tetapi apabila mereka masuk serbu kawasan tersebut, mereka berempat terus diserang oleh tentera mutant.
Filem animasi ini telah disuarakan dengan barisan pelakon yang hebat-hebat seperti Brady Noon sebagai Raphael, Nicolas Cantu sebagai Leonardo, Micah Abbey sebagai Donatello, Shamon Brown Jr sebagai Michelangelo, Jackie Chan sebagai Splinter dan Ayo Edebiri sebagai April O’Neil.

Mereka dibantu dengan barisan pelakon sampingan seperti Post Malone sebagai Ray Fillet, Seth Rogen sebagai Bepop, Pual Rudd sebagai Mondo Gecko, John Cena sebagai Rock Steady, Hannibal Buress sebagai Genghis Frog dan Giancarlo Esposito sebagai Baxter Stockman.
Penghasilan filem ini telah diterbitkan oleh Evan Goldberg, Seth Rogen dan James Weaver. Bersama dengan pihak produksi, filem ini telah diarahkan oleh Jeff Rowe dan Kyler Spears. Tidak lengkap sesuatu filem itu tanpa penulis skrip dan untuk filem TMNT: Mutant Mayhem ini ialah Kevin Eastman, peter Laird dan Brendan O’Brien.
Saya ingin mengingatkan anda sekali lagi bahawa filem animasi Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem bakal ditayangkan di Malaysia pada 3 Ogos 2023.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post