Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

TiMi Studios mengeluarkan trailer gameplay baru untuk game mobile Metal Slug Code: J!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 18, 2021
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
TiMi Studios mengeluarkan trailer gameplay baru untuk game mobile Metal Slug Code: J!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal bulan Jun tahun lalu, SNK telah mengumumkan permainan mobile Metal Slug Code: J, kali ini dikembangkan dengan kerjasama TiMi Studios (Arena of Valor dan Call of Duty: Mobile) yang merupakan anak syarikat Tencent Games. Bagaimanapun, tidak banyak yang dikongsikan tentang permainan sehinggalah hari ini di mana TiMi dan SNK telah mengeluarkan trailer gameplay baru. Jom kita lihat sama-sama!

Trailer baru ini menampilkan versi watak ikonik dan lokasi dalam persekitaran 3D penuh. Ia menunjukkan skrin pilih watak yang menunjukkan Marco, Eri, Tarma, dan Fio. Dari sana, kami boleh melihat bagaimana adegan gameplay sebenar. Di salah satu segmen awal, peminat dapat melihat Marco menambah berat badan untuk sementara waktu setelah makan sesuatu, tetapi ini akan memperlahankan pergerakannya.

Di segmen lain, dia menyamar sebagai mumia untuk berlawan musuh dan menggunakan abiliti yang membuat saiz badannya mengecil. Terdapat juga satu adegan di mana pemain akan menggunakan “Super Vehicle” untuk bertarung dengan kereta kebal yang lebih besar.

Buat masa ini, kami hanya tahu bahawa Metal Slug Code: J “akan menampilkan mod permainan yang berbeza, pertempuran bos epik dan sistem kemajuan yang mendorong penerokaan untuk pemain.”

Untuk mereka yang berminat, Metal Slug Code: J sedang dikembangkan untuk peranti Android dan Apple iOS. Malangnya, tarikh keluaran rasmi untuk permainan tidak diumumkan tetapi saya akan melaporkan berita lanjut selepas menerima info baru.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidGameplayiOSMetal SlugMetal Slug Code: JMobileSNKTImi Studiostrailer
Previous Post

Genshin Impact di Nintendo Switch nampaknya ditunda sebab Hardware yang lemah?!

Next Post

Odex mengumumkan filem Sword Art Online the Progressive akan ditayangkan di Asia Tenggara!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Odex mengumumkan filem Sword Art Online the Progressive akan ditayangkan di Asia Tenggara!

Odex mengumumkan filem Sword Art Online the Progressive akan ditayangkan di Asia Tenggara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd