Sejak diumumkan pada Ogos yang lalu, kami pasti ramai yang nantikan pengumuman harga tiket untuk viv:ID CRUISE hololive Meet Asia Tour. Berita baiknya perincian mengenai tiket sudah pun diumumkan malah sudah boleh dibeli!
Jualan tiket telah pun bermula pada 1 November 2023 melalui Ticket2U. Berikut adalah harga untuk mengikut kedudukan:
- UPPER: RM150
- CAT3: RM150
- CAT2: RM200
- CAT1: RM 250
- VIP: RM300

Tiket konsert dijual secara pra-pesanan sahaja, dan tiada tiket akan dijual pada acara tersebut. Tiket konsert viv:ID CRUISE dan pas masuk Comic Fiesta 2023 adalah tiket berasingan, dan kedua-dua tiket mesti dibeli untuk memasuki tempat konsert.
Tiket acara Comic Fiesta 2023 dengan akses 23 Disember 2023 (Sabtu / Hari 1) diperlukan sebelum membeli tiket konsert.
Tiket acara yang layak ialah Weekend Pass, All Day Pass (Sabtu), Afternoon Pass (Sabtu) atau mana-mana pas acara setara yang memberikan akses masuk Hari 1.

viv:ID CRUISE hololive Meet Asia Tour akan menampilkan Ayanda Risu, Moona Hoshinova, Pavolia Queen, dan Kobo Kanaeru untuk persembahan “All Aboard! viv:ID CRUISE ~Bokura ga kuru kara~”, ditulis dan dihasilkan oleh Eka Gustiwana.
Terdapat juga talk show yang menampilkan 2 tetamu hololive istimewa, Sakura Miko dan Hoshimachi Suisei.

Merchandise rasmi juga boleh dibeli di booth hololive Meet di Comic Fiesta 2023 pada 23 dan 24 Disember 2023. Acara akan berlangsung di KLCC, Kuala Lumpur. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai acara melalui laman web rasmi.
Untuk mendapatkan berita lain mengenai Comic Fiesta daripada kami, boleh klik pautan ini.
Sumber: GamerBraves
@gamersantaimy
Discussion about this post