Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tiket Untuk ‘Jujutsu Kaisen Animation Exhibition – Malaysia’ Rasmi Dijual Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 2, 2024
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Tiket Untuk ‘Jujutsu Kaisen Animation Exhibition – Malaysia’ Rasmi Dijual Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah diusik pada bulan lepas, akhirnya Jujutsu Kaisen Animation Exhibition – Malaysia memberi peluang kepada peminat dan penggemar untuk membeli tiket secara rasmi! Secara khususnya, tiket Early Bird dan beberapa bundle kini mula dijual di tiga halaman berbeza pada harga bermula RM45!

Berikut adalah butiran lengkap:

Kredit: Medialink

Jujutsu Kaisen merupakan salah satu francais paling popular di seluruh dunia, dicipta oleh artis manga Gege Akutami, dan mempunyai adaptasi anime yang dihidupkan dengan animasi memukau mata oleh studio anime terkenal MAPPA.

Di Jujutsu Kaisen Animation Exhibition, pengunjung akan dihidangkan dengan pengalaman unik yang akan membawa mereka secara mendalam ke dunia Jujutsu Kaisen, di mana emosi negatif menjelma apabila Cursed Spirit dan Jujutsu Sorcerer yang berani berjuang untuk mengusir mereka.​

Kredit: Medialink

Karya seni original dari studio MAPPA akan tersedia untuk tontonan supaya pengunjung dapat melihat proses kreatif di sebalik tabir. Selain itu, paparan sinematik khas yang menunjukkan adegan-adegan mendebarkan daripada anime akan membolehkan pengunjung menyelami keseronokan dunia Jujutsu Kaisen.

Karya seni dan klip animasi ini akan dilengkapkan lagi dengan paparan luas para Cursed Spirit, watak dan senjata daripada anime untuk meningkatkan pengalaman bagi peminat siri Jujutsu Kaisen.​

Kredit: Medialink

Tiket Jujutsu Kaisen Animation Exhibition – Malaysia boleh dibeli di sini:

  • Ticket2U : https://www.ticket2u.com.my/jujutsukaisenexhibitionmy
  • Klook : https://s.klook.com/D1Z7LEO81o
  • Incutix :https://www.incutix.com/…/18E598E063624BB3BA3FBB121D698CFC

Harga tikel dan pakej bundle adalah seperti berikut:

  • Early Bird Standard – RM45.00
  • Bundle Ticket Package A – RM95.00
    • Termasuk 1x Wall Scroll Poster
  • Bundle Ticket Package B – RM150.00
    • Included 1x Box Art Crystal Jigsaw, 1x Keychain
  • Bundle Ticket Package C (Eksklusif hanya di Ticket2U) – RM280.00
    • Terhad kepada 300 set sahaja, termasuk 1x Gojo Night Light

Harap maklum, harga di atas tidak termasuk cas tambahan.

Butiran Pameran

  • Lokasi: Fahrenheit88, Kuala Lumpur
  • Tarikh: 16 Ogos – 20 Oktober 2024
  • Masa: 10:00 am – 10:00 pm (Kemasukan akhir: 9pm)
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeJujutsu Kaisen Animation Exhibition
ShareTweetSend
Previous Post

Hari Acer 2024 Bermula Di Malaysia – Pelbagai Aktiviti, Promosi & Jualan Kilat!

Next Post

Unboxing Magic The Gathering: Bloomburrow – Dunia Penuh Haiwan Comel!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Unboxing Magic The Gathering: Bloomburrow – Dunia Penuh Haiwan Comel!

Unboxing Magic The Gathering: Bloomburrow – Dunia Penuh Haiwan Comel!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd