Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tiket Fan Screening Untuk TOFF 2022 Telah Dijual! Ada Shin Ultraman, Isekai Quartet dan Quintessential Quintuplets!

Maira by Maira
August 19, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Tempatan
0 0
0
Tiket Fan Screening Untuk TOFF 2022 Telah Dijual! Ada Shin Ultraman, Isekai Quartet dan Quintessential Quintuplets!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat anime mesti tidak sabar-sabar untuk tonton One Piece Film Red September nanti kan? Tetapi ada filem anime lain juga yang akan ditayangkan pada awal September nanti bersama-sama filem One Piece. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga filem Shin Ultraman yang turut ditayangkan lebih awal daripada tayangan umum. Kalau anda ingin tahu, kesemua filem ini ditayangkan sempena The ODEX Film Festival (TOFF) pada 3, 4, 10 dan 11 September ini!

The ODEX Film Festival akan mengadakan fan's screening utk korang secara eksklusif di GSC Paradigm Mall, PJ pada 3, 4, 10 & 11 Sep ini! Tiket akan mula dijual 19 Ogos ini! Banyak freebies menanti. Cepat dapatkan sebelum terlambat! #TOFF #ODEX_MB #ODEXAnime #GSCMovies #GSCMAnime pic.twitter.com/RUSoIu5eBO

— GSC Movies (@GSC_Movies) August 18, 2022

TOFF ini akan berlangsung secara eksklusif di Paradigm Mall, Petaling Jaya dan pelbagai filem anime yang akan ditayangkan di pawagam GSC di situ. Jualan tiket untuk fan screening juga sudah pun bermula. Jadi jom kita lihat harga serta barisan filem yang akan ditayangkan nanti.

Shin Ultraman

Tiket fan screening untuk Shin Ultraman dijual pada harga RM 40. Dengan harga itu, anda boleh mendapatkan poster bersaiz A2 dan satu can badge yang mempunyai gambar Ultraman. Tayangan fan screening ini hanya tersedia pada tarikh 3, 4, 10 dan 11 September 2022. Berikut adalah sinopsis filem tersebut:

Dengan kemunculan raksasa gergasi yang ganas yang dikenali sebagai “S-Class Species”, kerajaan Jepun telah membentuk SSSP untuk mengkaji dan mencari cara untuk mengalahkan mereka. Semasa satu serangan raksasa, SSSP terkejut mendapat sekutu baru dalam perjuangan mereka menentang raksasa: gergasi yang mereka namakan “Ultraman.” Namun, apakah matlamat sebenar Ultraman? Mengapa dia membantu manusia menentang raksasa? Dan bagaimana ini semua berkaitan dengan veteran SSSP Shinji Kaminaga dan perubahan personalitinya yang tiba-tiba selepas menyelamatkan seorang kanak-kanak semasa penampilan pertama Ultraman?

The Quintessential Quintuplets Movie

Ingin tonton anime harem ini? Harga tiket fan screening ialah RM 40. Dengan jumlah tersebut anda akan dapat can badge untuk setiap watak kembar Nakano. Tayangan filem ini hanya tersedia pada 3, 4, 10 dan 11 September! Berikut adalah sinopsis filem tersebut:

Futaro telah mengetuai membantu kembar lima sehingga mereka boleh menamatkan pengajian dan mengejar impian mereka sendiri. Kini, akhirnya mereka telah sampai ke festival terakhir sekolah. Setelah berazam untuk menjadikan festival tidak dilupakan, Futaro kini mempunyai perasaan terhadap kembar tersebut. Dia meminta mereka untuk berjumpa dengannya di dalam kelas supaya dia boleh memberikan jawapannya …

Isekai Quartet The Movie: Another World

Berbeza dengan dua filem di atas, tiket fan screening untuk filem Isekai Quartet berharga RM 90. Anda boleh mendapatkan sehelai T-shirt dan satu can badge dengan ilustrasi watak anime. Tiket ini hanya tersedia untuk tayangan 3 September sahaja. Berikut adalah sinopsis filem tersebut:

Dalam filem ini, watak-watak telah dibawa ke sebuah dunia alternatif melalui wormhole yang terbuka secara tiba-tiba. Tahu-tahu mereka berada di sebuah dunia yang diperintah oleh golem yang tidak terkawal. Di situ jugalah mereka berjumpa dengan gadis golem yang kelihatan sama seperti Megumin, lelaki yang mengenali Subaru, dan seorang wanita yang berpakaian seperti Tanya. Maka bermulalah usaha untuk kembali ke dunia sebenar mereka.

Tiket sudah boleh dibeli sekarang untuk TOFF 2022! Cepat sebelum tiket habis pula. Kalau anda ingin membaca liputan lain daripada kami tentang anime, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Filem animeGSC CinemasIsekai QuartetOdexQuintessential QuintupletsShin UltramanTOFF
Previous Post

MtG Preview: Kad Defiler Of Vigor dari set Dominaria United

Next Post

Gundam: The Witch From Mercury Prologue mula ditayangkan pada 1 September 2022!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Gundam: The Witch From Mercury Prologue mula ditayangkan pada 1 September 2022!

Gundam: The Witch From Mercury Prologue mula ditayangkan pada 1 September 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd