GSC Sekali lagi membawa menambah tayangan awal untuk ONE PIECE FILM RED dengan merch terbaru pula! Melalui pengumuman daripada GSC Cinemas, tayangan terbaru ini akan diadakan di GSC Cinemas Mid Valley pada 18 September ini. Harga tiket pula dijual pada harga RM 120. Terdapat pelbagai merch rasmi yang diimport daripada Jepun yang boleh didapatkan. Berikut adalah merch yang anda akan terima untuk tiket One Piece Film Red ini:
- Light Stick Uta x1
- Trading card x1
- Set kad karakter x1
- Set can badge karakter x1
Masih ada beberapa lagi tempat duduk kosong tersedia untuk anda rebutkan. Boleh klik di sini untuk terus membelinya.

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui filem One Piece: Red, ia telah diumumkan pada tahun 2021 dengan menampilkan Red-Haired Shanks sebagai watak utama. Filem ini akan ditayangkan di Jepun pada 6 Ogos 2022. Berikut adalah sinopsis ONE PIECE FILM RED:
Uta, seorang penyanyi yang paling disayangi dalam dunia. Suaranya digambarkan seperti sesuatu yang luar biasa. Untuk buat kali pertama, dia akhirnya munculkan diri di khalayak ramai untuk sebuah konsert.
Tempat konsert tersebut telah dipenuhi dengan ramai peminat Uta, yang terdiri daripada lanun, tentera laut dan sudah semestinya krew Straw Hat yang diketuai oleh Luffy. Mereka datang untuk menikmati persembahan hebat daripada Uta. Kisah filem ini bermula dengan fakta yang mengejutkan bahawa Uta sebenarnya anak kepada Shanks.

Ramai juga yang seronok menonton filem ini semasa TOFF pada minggu lepas. Jadi anda yang tidak mahu ketinggalan boleh beli tiket fan screening yang masih dijual. Filem ini juga akan ditayangkan secara umum pada 22 September ini kalau anda ingin menontonnya dengan harga yang lebih murah. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai One Piece daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post