Selepas mendedahkan tarikh tayangan di Malaysia, hari ini, GSCinemas mengumumkan tarikh tayangan fan screening untuk Haikyu: The Dumpster Battle yang berlangsung pada dua hari, 11 dan 12 Mei 2024. Berita gembira untuk peminat kerana tiket pun boleh dibeli sekarang dan termasuk pelbagai bonus menarik.
Secara lebih khusus, fan screening Haikyu: The Dumpster Battle akan berlangsung pada dua hari iaitu 11 Mei dan 12 Mei pada pukul 4 petang, di lokasi sama iaitu GSC Mid Valley di mana tiket dijual pada harga RM180.
Apa yang menarik adalah kedua-dua hari menampilkan design berbeza untuk barangan bonus, berdasarkan Pasukan Karasuno dan Pasukan Nekoma yang bakal berlawan di filem kali ini.
Untuk RM 180, anda boleh mendapatkan:
- 1x tote bag
- 1x folder kad dengan 9 kad watak
- 1x banner
- 1x folder A4


Jika berminat, jangan lupa untuk dapatkan tiket anda sekarang! Berikut adalah sinopsis bagi filem anime ini:
Karasuno High School berjaya melalui peringkat awal di wilayah Miyagi untuk Harutaka Volleyball Tournament, yang penuh dengan pasukan yang kuat, dan mara ke pusingan ketiga dengan mengalahkan Inarizaki High School, wakil wilayah Hyogo, yang dianggap sebagai salah satu pilihan popular untuk kejohanan itu.
Musuh terbaru mereka adalah Nekoma High School. Perlawanan itu dipanggil “Battle at the Garbage Dump” kerana nama “gagak” dan “kucing” berdasarkan nama sekolah. Gaya permainan mereka bertentangan sama sekali; Karasuno sangat ofensif, manakala Nekoma adalah pasukan pertahanan. Mereka akhirnya akan menghadapi perlawanan rasmi pertama mereka, dan akan terlibat dalam perlawanan hangat di pentas kejohanan kebangsaan.

Filem ini dihasilkan oleh Production I.G dan diarahkan oleh Susumu Mitsunaka, pengarah yang turut menghasilkan musim pertama sehingga musim ketiga siri.
Buat anda yang masih belum menonton siri ini, terdapat empat musim tersedia di pelbagai platform rasmi untuk menontonnya. Jadi bolehlah tontonnya dahulu sebelum filem ini tiba di pawagam.
Baca segala berita kami tentang Haikyu di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post