Beberapa hari lepas, Comic Fiesta secara rasmi mengumumkan bahawa tidak akan ada penjualan tiket secara fizikal pada hari acara tersebut, hal ini telah membangkitkan perbincangan di kalangan ramai peminat anime di Malaysia. Hujung minggu lalu, laman web rasmi Comic Fiesta pula telah merasmikan bahawa tiket early bird telah habis dijual dan scalper tidak melepaskan peluang ini untuk menjual semula tiket dengan harga yang tidak masuk akal.

Baru-baru ini dalam Carousell, beberapa individu telah mula menjual semula tiket Comic Fiesta 2022. Untuk pengetahuan anda, harga asal tiket acara ini untuk dua hari hanya RM80, tetapi scalper menaikkan harga tiket tersebut sebanyak tujuh kali ganda untuk tiket sehari sebanyak RM600. Terdapat juga orang lain yang menjual tiket untuk kedua-dua hari, tetapi kesemuanya lebih tinggi daripada harga asal.
Selepas pengumuman rasmi bahawa tiket early bird telah habis dijual, ramai peminat anime mula meminta tiket daripada pelbagai kumpulan. Namun malangnya ramai telah ditipu oleh sesetengah individu yang tidak bertanggung jawab. Oleh itu, netizen harus diingatkan untuk membeli di kedai luar talian yang bekerjasama dengan CF dan berhati-hati ketika berurusan dengan pihak ketiga supaya anda tidak ditipu!

Jika anda belum membeli tiket, jangan risau kerana anda masih lagi boleh menyertai acara ini bersama perserta lain di luar venue. Comic Fiesta 2022 akan diadakan di KLCC dari 17 hingga 18 Disember ini. Akhirnya selepas dua tahun dibatalkan akibat pandemik, Comic Fiesta kini kembali lagi untuk menyambut peminat anime di Malaysia.
Sebarang butiran lanjut, anda boleh pergi ke laman web rasmi atau akaun rasmi Facebook Comic Fiesta. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai acara Comic Fiesta daripada kami, sila klik pautan ini.
Sumber: Wanuxi
@gamersantaimy
Discussion about this post