DualSense, controller PS5 telah mennambahkan warna terbaru iaitu Starlight Blue, Nova Pink dan Galactic Purple pada Januari yang lalu. Baru-baru ini, ada satu video “teardown” yang memaparkan DualSense ini dan mendedahkan bahawa ianya telah mendapat sedikit upgrade padanya. Tetapi ianya tidak tersedia pada controller Cosmic Red dan Midnight Black. Walaupun begitu, kesemua controller ini masih lagi menggunakan pek bateri yang sama.
Mengenai penambahbaikan itu, ianya adalah spring yang digunakan dalam controller DualSense. Seperti yang ditunjukkan dalam video oleh TronicsFix, spring baru itu lebih panjang dan lebih teguh. Walaupun spring tersebut berbeza tetapi TronicsFix tidak dapat membuktikan bahawa ianya boleh membantuk pada masalah “drifting” yang berlaku sejak pelancaran DualSense.
Ianya sememangnya masalah biasa pada controller, lebih-lebih lagi jika ia sering digunakan. Malah, ada juga yang menyiasat mengenai masalah drift pada DualSense dan controller lain, dan mendapati bahawa analog stick PS5 mempunyai hayat operasi sekitar 417 jam. Melalui, video oleh iFixIt, DualSense menggunakan hardware joystick yang sama seperti platform lain seperti PS4, Xbox One dan Nintendo Switch.

Controller pada konsol tersebut juga mempunyai masalah drift pada pengguna Switch Joy-Con dan Xbox. Masalah ini juga telah menyebabkan ramai pengguna yang mengenakan tindakan undang-undang terhadap syarikat ini di AS. Terdapat juga laporan baru yang mengatakan platform Steam Deck juga mempunyai masalah yang sama, tetapi Valve ada mengatakan bahawa masalah tersebut telahpun diselesaikan melalui software update.

Anda yang selalu gunakan controller, ada lalui masalah yang sama juga? Adakah upgrade terbaru ini akan mengurangkan masalah drift pada DualSense? Boleh kongsikan kepada kami di ruang komen! Untuk mendapatkan update terbaru mengenai konsol, sila klik pautan ini.
Sumber: VGC
@gamersantaimy
Discussion about this post