Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tiga game Star Wars dalam pembikinan oleh Respawn, termasuk FPS dan sekuel Jedi Fallen Order

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 26, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Real time strategy, Shooter
0 0
0
Tiga game Star Wars dalam pembikinan oleh Respawn, termasuk FPS dan sekuel Jedi Fallen Order
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam langkah yang agak mengejutkan, EA dan Respawn baru sahaja mengumumkan tiga game Star Wars baru yang sedang dalam pembangunan. Ini mengesahkan khabar angin bahawa Respawn sedang bekerja keras untuk sekuel Jedi Fallen Order dan sejenis game FPS (first-person shooter) yang belum dinamakan.

EA menggambarkan projek ini sebagai “fasa baharu” dalam hubungan mereka dengan Lucasfilm di mana Vince Zampella, pengasas dan pengurus besar Respawn, akan menyelia kerja untuk ketiga-tiga game tersebut.

Menurut laporan rasmi, Stig Asmussen akan mengetuai produksi bagi sekuel Star Wars Jedi: Fallen Order (2019) yang mendapat pujian positif dan berjaya memenangi beberapa anugerah.

Kedua adalah game FPS Star Wars baru yang diketuai oleh pengarah Peter Hirschmann. Hirschmann adalah pengarah di Respawn selama enam tahun lalu di mana projek terakhir adalah game VR Medal of Honor: Above and Beyond.

“Bekerja dengan Lucasfilm Games untuk FPS baru dalam galaksi Star Wars adalah impian menjadi kenyataan bagi saya, kerana ini adalah kisah yang selalu saya ingin sampaikan,”

kata Hirschmann.

Game ketiga adalah produksi bersama antara Respawn dan studio indie yang baru dibentuk, Bit Reactor. Diketuai oleh veteran-veteran XCOM yang menumpukan pada game “turn-based” taktikal berkualiti, andaian kami sudah tentu adalah game yang jatuh dalam genre lebih kurang sama.

Gambar hanya contoh.

“Kami teruja dapat terus bekerjasama dengan pembangun yang sangat berbakat di Respawn. Mereka telah menunjukkan kecemerlangan dalam menceritakan kisah Star Wars yang epik bersama dengan gameplay terbaik merentas genre yang berbeza dan kami tidak sabar untuk membawa lebih banyak pengalaman menakjubkan ke galaksi yang jauh.”

kata Douglas Reilly, Naib Presiden di Lucasfilm Games.

Ketiga-tiga game Star Wars sedang dalam pembangunan oleh Respawn, di mana sekuel Jedi Fallen Order dikhabarkan akan diumumkan sebelum E3 tahun ini. Jangan lupa juga tentang game ke-4 Star Wars iaitu remake Star Wars: Knights of the Old Republic. Diumumkan pada September 2021, ia juga dikhabarkan akan keluar pada tahun 2023.

Sumber – GameInformer

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FPSjedi fallen orderrespawnstar wars
Previous Post

ASUS Vivobook 13 Slate OLED kini tersedia di Malaysia pada nilai harga RM 3499

Next Post

Review MSI Stealth 15M (2022) – Kuasa 12th Gen dalam badan yang nipis

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Review MSI Stealth 15M (2022) – Kuasa 12th Gen dalam badan yang nipis

Review MSI Stealth 15M (2022) - Kuasa 12th Gen dalam badan yang nipis

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd