Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tiga Cosplayer dibunuh oleh sekuriti Rusia, salah anggap mereka pengintip Ukraine

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 29, 2022
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Shooter
0 0
0
Tiga Cosplayer dibunuh oleh sekuriti Rusia, salah anggap mereka pengintip Ukraine
Share on FacebookShare on Twitter

Tiga cosplayer yang memakai pakaian askar daripada siri game STALKER dilaporkan telah dibunuh di Rusia, selepas ejen keselamatan negara menyangka mereka pengintip Ukraine.

Kisahnya begini:

Mangsa menarik perhatian Federal Security Service (FSB) – pengganti KGB – selepas pasukan perisikan mengesan mereka memiliki pakaian seragam dengan lambang kepala serigala hijau yang sering dikaitkan dengan Volya, sebuah parti nasionalis di Ukraine. Walau bagaimanapun, pakaian itu rupanya adalah kostum berdasarkan salah satu golongan daripada siri STALKER.

Lambang golongan Freedom dalam STALKER

Akhbar Moscow Times melaporkan bahawa tiga cosplayer telah dibunuh oleh FSB di Voronezh, sebuah wilayah di Rusia yang terletak sekitar 250 kilometer (155 batu) dari sempadan Ukraine.

Semasa persidangan Armenia, pihak berkuasa Rusia berkata bahawa FSB berjaya menggagalkan operasi “sabotaj” oleh SBU atau nama panjangnya Security Service of Ukraine (agensi keselamatan negara Ukraine) di mana tiga orang ejen Ukraine dibunuh. Asalnya, sekuriti Rusia menyangka mangsa ingin merancang serangan hendap ke atas infrastruktur tenaga di Voronezh.

  • FSB
  • SBU

Selepas kajian lebih menyeluruh, akhbar The Moscow Times dapat mengenal pasti bahawa “ejen SBU” itu sebenarnya tidak bersalah.

Identiti dua mangsa dapat dikenali pasti iaitu Vladimir Kotovsky dan Stalker Fosgen melalui profil media sosial dan komuniti airsoft tempatan. Ternyata, mereka hanyalah pemain airsoft yang suka memakai baju cosplay “Stalker”.

Kostum yang dipakai oleh mereka dalam rakaman video FSB (video itu sudah dibuang) adalah berdasarkan pakaian seragam pihak Freedom yang memainkan peranan besar dalam semua game STALKER.

Itu sahaja info yang saya berjaya memperoleh buat masa ini.

Ketika Rusia mengisytiharkan perang ke atas Ukraine, pencipta siri STALKER, GSC Game World, telah menghentikan produksi STALKER 2 pada bulan Mac dan kemudian berkongsi video dev diary yang menjelaskan situasi para pekerjanya sedang memperjuangkan demi tanah air Ukraine.

Beberapa bulan selepas itu, studio telah menyambung semula pembangunan STALKER 2 pada penghujung bulan Mei selepas memindahkan majoriti pasukannya ke Republik Czech.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: cosplayCosplayerRusiaukraine
Previous Post

Fikir rakaman betul perang Rusia-Ukraine, rupanya gameplay Arma 3 – Propaganda saja!

Next Post

[Preview] Devil May Cry: Peak of Combat – Aksi pertempuran yang cukup bergaya!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Next Post
[Preview] Devil May Cry: Peak of Combat – Aksi pertempuran yang cukup bergaya!

[Preview] Devil May Cry: Peak of Combat - Aksi pertempuran yang cukup bergaya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd