Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Tidak Sekuel Untuk Elden Ring,” Disahkan Oleh Pengarah Hidetaka Miyazaki!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 5, 2024
in Action, Artikel, Berita, RPG
0 0
0
“Tidak Sekuel Untuk Elden Ring,” Disahkan Oleh Pengarah Hidetaka Miyazaki!
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi peminat yang tidak sabar untuk Elden Ring 2, nampaknya tiada harapan. Dalam satu temu bual semasa PlayStation Partner Awards 2024 Japan Asia, pengarah Elden Ring dan presiden FromSoftware, Hidetaka Miyazaki, berkongsi bahawa sekuel penuh Elden Ring buat masa ini tidak berada dalam perancangan.

Kredit: FromSoftware

“Kami sebenarnya tidak mempertimbangkan pembangunan seperti Elden Ring 2,” kata Miyazaki, seperti yang dilaporkan oleh IGN Japan.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menutup kemungkinan untuk meneroka semula dunia Elden Ring pada masa depan, dengan berkata, “Idea untuk membangunkan IP ini lebih jauh masih mungkin berlaku dalam bentuk tertentu.”

Kenyataan ini dibuat selepas Elden Ring menerima pelbagai penghargaan. Di PlayStation Partner Awards, game ini menjadi salah satu daripada tiga pemenang Grand Award, bersama Black Myth: Wukong dan Final Fantasy 7 Rebirth.

Pengiktirafan ini meraikan pengaruh dan kejayaan game tersebut, walaupun hampir dua tahun telah berlalu sejak ia dilancarkan.

Kredit: FromSoftware

Walaupun peminat baru sahaja disajikan dengan DLC Shadow of the Erdtree, Miyazaki telah mengesahkan bahawa tiada perancangan untuk sebarang expansion tambahan bagi IP ini di luar kandungan tersebut. Ini seiring dengan kenyataannya pada Februari 2024, di mana beliau menyatakan bahawa DLC kedua untuk Elden Ring tidak dirancang.

Jadi, jika sekuel Elden Ring tidak berada dalam perancangan, apa yang bakal berlaku? Menurut Miyazaki, FromSoftware kini sibuk dengan pelbagai projek baharu yang merangkumi pelbagai genre.

Walaupun beliau tidak memberikan butiran spesifik semasa temu bual dengan Game Watch, beliau mengusik bahawa projek-projek ini akan meneroka genre baharu di luar aksi RPG dan game soulslike yang terkenal oleh studio tersebut.

Kredit: FromSoftware

Adakah FromSoftware akan menceburi genre strategi, pengembaraan berasaskan naratif, atau bahkan sains fiksyen? Buat masa ini, kami hanya boleh membuat spekulasi.

Bagi mereka yang berminat, Elden Ring kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Elden Ringfromsoftwarehidetaka miyazaki
ShareTweetSend
Previous Post

Girls’ Frontline 2: Exilium Kini Dilancarkan Secara Global Di PC & Mobile!

Next Post

Reviu Secret Level – Pabila Semua Game Terhebat Berkumpul Dalam Satu Antologi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Reviu Secret Level – Pabila Semua Game Terhebat Berkumpul Dalam Satu Antologi!

Reviu Secret Level - Pabila Semua Game Terhebat Berkumpul Dalam Satu Antologi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd