Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tidak bergantung pada Nvidia & AMD, China cipta GPU sendiri untuk menyelesaikan isu stok terhad!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 2, 2021
in Artikel, Berita, GPU, Hardware, Teknologi
0 0
0
Tidak bergantung pada Nvidia & AMD, China cipta GPU sendiri untuk menyelesaikan isu stok terhad!
Share on FacebookShare on Twitter

Majoriti pasaran kad grafik gaming secara am dipegang oleh Nvidia dan AMD tetapi kerana isu stok terhad di seluruh dunia, syarikat Innosilicon dari China kini berusaha untuk mencipta GPU yang lebih canggih demi menyelesaikan masalah bekalan.

Menurut info dari MyDrivers dan  ITHome, Innosilicon baru-baru ini mengadakan sidang akhbar Fantasy One di mana mereka mempamerkan GPU terbaru, Type A dan Type B. Malangnya, laporan dan data tidak lengkap. Jadi saya hanya dapat melaporkan mengikut info yang mereka kumpul.

TYPE A

TYPE B

Data yang disediakan oleh Innosilicon menganggarkan Type A berada di tahap prestasi yang sama seperti Radeon RX 6700 XT dan RX 6600 XT dari aspek kuasa dan mendakwa GPU itu mempunyai 16 GB GDDR6(X) RAM serta menawarkan kapabiliti pengiraan sebanyak 5 TFLOP. Type B juga ditunjukkan, dan merupakan dual-GPU dengan jenama Fantasy One di dalam. GPU ini mempunyai 32 GB GDDR6(X) RAM dan menawarkan kuasa dua kali ganda lebih tinggi kerana “connector Innolink” di mana pengguna dapat mencapai sehingga 10 TFLOP.

Selain itu, kedua-dua Type A dan Type B akan datang dalam varian lain. Imej GPU tanpa kipas disertakan dalam siaran akhbar, yang mengisyaratkan reka bentuk heatsink pasif. Saya tidak begitu pasti dan hanya mampu menunggu untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Peningkatan dalam pengeluaran produk di China boleh menjadi solusi kepada masalah kekurangan GPU, terutamanya pada zaman kini di mana semua orang sedang sibuk membuat PC sendiri. Walaupun beberapa syarikat tidak menggalakkan keputusan ini, mungkin produk China di atas dapat mengalahkan Nvidia dan AMD dari segi prestasi, lantas menjadi pesaing baru dalam pasaran GPU.

Pada bulan lepas, beberapa syarikat terkemuka seperti Intel dan Toshiba juga mendedahkan bahawa isu bekalan GPU dan CPU mungkin akan berterusan hingga tahun 2023. Sudah tentu, tidak semua orang boleh sabar, jadi China bertindak lah dulu. Apa pendapat anda? Andai kata di boleh dibeli di Malaysia, adakah korang sanggup memperolehnya? Untuk segala liputan kami tentang teknologi GPU, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: chinaGPUInnosilicon
Previous Post

Pasukan OPI Angel Esports menjadi viral gara-gara tarian seksi di TikTok

Next Post

Undang-undang baru US akan mengharamkan penggunaan bot scalper!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
Undang-undang baru US akan mengharamkan penggunaan bot scalper!

Undang-undang baru US akan mengharamkan penggunaan bot scalper!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd