Baru-baru ini, Valve ada kemas kini FAQ mereka mengenai perkara yang sudah tentu ramai yang tertanya-tanya. Dalam FAQ tersebut persoalan mengenai game eksklusif Steam Deck akhirnya terjawab. Malangnya, jawapannya “tidak”. Ya. Steam Deck tidak akan mempunyai game eksklusif tersedia untuk konsol terbaru Valve itu.

“Ia adalah PC, jadi ia perlu bermain game seperti di PC.”
Valve FAQ
Walaupun rupa bentuk Steam Deck serupa dengan konsol handheld seperti Nintendo Switch dan PlayStation Vita, ianya masih sebuah komputer. Ia seperti komputer kecil yang boleh dipegang dan dimainkan seperti konsol handheld. Steam Deck akan dilancarkan bersama Steam OS yang mirip dengan interface konsol tetapi ia masih OS sama yang anda install pada mana-mana PC untuk bermain game dari perpustakaan Steam anda.

Selain itu, anda juga boleh menyingkirkan SteamOS dan install Windows pada Steam Deck seperti PC mobile dengan syarat anda mempunyai tetikus dan papan kekunci yang berguna. Konsol itu juga boleh disambungkan pada PC lain dan digunakan sebagai controller dengan skrin besar ditengahnya. Senang cerita, Steam Deck adalah komputer, jadi melainkan anda menganggap permainan PC sahaja sebagai “eksklusif”, maka tiada permainan eksklusif Steam Deck.

Walaupun begitu, terdapat game yang diiktiraf melalui Deck Verified. Ia merupakan permainan yang telah dihantar ke Valve untuk memastikan ia boleh dimainkan pada perkakasan Deck. Valve juga kemas kini FAQ untuk memberitahu pembangun berapa lama proses tersebut akan mengambil masa. Anda boleh bayangkan betapa banyak game telah diserahkan untuk melihat prestasi game mereka pada Steam Deck. Sudah tentu ramai yang tidak sabar untuk mendapatkan konsol ini pada bulan Februari tahun depan.
Untuk segala liputan mengenai Steam Deck, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post