THQ Nordic bersama Haemimont Games telah pun mengumumkan Jagged Alliance 3 pada awal tahun ini dan kini masih dalam pembangunan untuk dilancarkan pada pertengahan tahun ini di PC. Kini, mereka telah pun mengumumkan Jagged Alliance 3 Tactical Edition dengan pelbagai merchandise yang disediakan. Jom kita lihat apa yang anda dapat jika membeli Tactical Edition ini.
Jagged Alliance 3 Tactical Edition

Tactical Edition yang mengandungi pelbagai merchandise ini boleh ditempah mulai sekarang pada tanda harga £ 114.99 (anggaran dalam RM 643.46). Edisi ini akan dikeluarkan pada jumlah sangat terhad iaitu sebanyak 750 sahaja untuk pasaran seluruh dunia. Berikut adalah segala yang disertakan di dalam Tactical Edition ini.
- Outdoor Case 100% kalis air dan habuk & diperakui IP67
- Dimensi luar: 258 x 243 x 118 mm
- Dimensi dalaman: 235 x 180 x 106 mm
- Heavy Duty Tactical Belt
- Tactical Belt Pouch
- A.I.M. Pin
- Set 36 Kad Watak
- Soundtrack Original
- CD Game dalam Media Book terhad
Tentang Jagged Alliance 3

Grand Chien, sebuah negara yang kaya dengan sumber asli dan perpecahan politik yang mendalam, dilanda huru-hara apabila presiden yang dipilih hilang dan pasukan paramilitary yang dikenali sebagai “The Legion” menguasai kawasan luar bandar. Kini, keluarga Presiden telah mengumpulkan semua sumber mereka, termasuk perjanjian dengan syarikat Adonis yang berkuasa, untuk mengupah sekumpulan askar upahan mahir yang ditugaskan untuk mencari Presiden dan memulihkan keadaan negara itu.
Dalam Jagged Alliance 3, pilih daripada sekumpulan besar askar upahan dengan personaliti unik, kebolehan dan latar belakang tersendiri. Terokai Grand Chien sambil anda berjumpa orang baharu, dapatkan duit, besarkan pasukan anda dan akhirnya membuat keputusan yang akan menentukan nasib negara.
Buat masa sekarang, mereka masih tidak menyertakan sebarang tarikh pelancaran secara tetap tetapi jangkaan yang gam Jagged Alliance 3 ini dikeluarkan adalah pada pertengahan tahun ini di PC melalui Steam. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post