Selepas memperkenalkan peta bersama haiwan baru di Transylvania, THQ Nordic sekali lagi mengeluarkan trailer baru bagi menunjukkan senjata yang boleh diguna pakai dalam Way of the Hunter. Dibangunkan oleh Nine Rocks Games, ia akan dilancarkan pada 17 Ogos 2022 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.
Dalam trailer tersebut, mereka menampilkan 3 senjata baru yang boleh digunakan semasa memburu nanti. Ketiga-tiga senjata tersebut adalah daripada syarikat pengeluar senjata Austrian yang terkenal iaitu Steyr Arm. Dengan menggunakan senjata seperti ini, anda boleh menembak haiwan dengan hanya satu peluru sahaja tanpa membuat haiwan itu sengsara.
Senjata itu terdiri daripada Steyr Pro Hunter II, Steyr Monobloc dan Steyr Mannlicher SM12. Jika anda masih tidak mengetahui tentang game memburu haiwan Way of the Hunter ini, berikut adalah serba sedikit tentang game ini:
Tentang Way of the Hunter

Pengalaman memburu membolehkan anda meneroka dan memburu dalam persekitaran dunia terbuka yang besar di Amerika Syarikat dan Eropah. Temui haiwan yang benar-benar hidup di habitat semula jadi yang indah dan kendalikan pelbagai senjata terperinci dan sangat realistik. Hadapi cabaran pemburuan beretika, disokong oleh cerita yang menarik, atau nikmati sahaja memburu persekitaran yang kaya dengan bebas.
Ciri-ciri penting

- Memburu seperti profesional dengan ciri yang menunjukkan tanda haiwan, analisis percikan darah dan semak kembali tembakan dengan kamera peluru.
- Berpuluh-puluh spesies haiwan yang sangat terperinci dengan model tingkah laku yang realistik untuk pengalaman memburu yang benar-benar menyeronokkan.
- Nikmati pengembaraan memburu bersama dengan rakan dalam mode co-op.
- Dua wilayah perburuan yang luas dengan 55 batu persegi setiap satu.
- Balistik realistik dan simulasi fizik peluru.
- Animasi dan tindak balas haiwan semula jadi yang canggih apabila merasakan kehadiran pemain.
- Kisah yang menarik tentang perjuangan perniagaan keluarga dan persaingan serta persahabatan.
- Sistem Complex Trophy menjana tanduk dan tanduk unik berdasarkan pelbagai faktor seperti kecergasan dan umur.

Mereka telah memulakan pra-pesan bermula hari ini sehingga 17 Ogos 2022. Terdapat dua edisi iaitu Standard dan Elite. Jika anda pra-pesan Way of the Hunter edisi Elite sebelum 17 Ogos 2022, anda akan menerima diskaun sebanyak 10%. Kepada anda yang berminat, anda boleh pra-pesan di sini.
PlayStation 5
Xbox Series X|S
PC

Way of the Hunter akan dilancarkan pada 16 Ogos 2022 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Jika anda berminat dan membuat pra-pesan sebelum game dilancarkan, anda akan menerima diskaun sebanyak 10%! Jadi, tunggu apa lagi, cepat dapatkan sekarang!
Bersiap sedia sekarang untuk memburu haiwan liar bersama senjata daripada Steyr Arm dalam Way of the Hunter! Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post