Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 4, 2025
in Action, Artikel, Berita, Open World, RPG
0 0
0
The Witcher 4 Tampil Dengan Gameplay Pertama Menerusi Tech Demo UE5
Share on FacebookShare on Twitter

CD PROJEKT RED dan Epic Games membuka tirai Unreal Fest 2025 dengan satu tech demo untuk The Witcher 4, menampilkan buat pertama kalinya gameplay menggunakan Unreal Engine 5 (UE5).

Demo tersebut diperlihatkan secara langsung dalam sesi utama State of Unreal, memperkenalkan watak utama Ciri yang menjadi tumpuan game, ketika dia mengembara merentasi wilayah Kovir: sebuah kawasan baharu yang kasar namun mempesona dalam dunia The Witcher.

Demo ini berjalan lancar pada kadar 60 FPS di konsol PlayStation 5 biasa, menonjolkan keupayaan teknikal UE5 dalam menghidupkan dunia RPG terbuka dengan tahap visual dan kelancaran yang mengagumkan.

Demo tersebut memperlihatkan Ciri menunggang kudanya, Kelpie, merentas pelbagai bentuk muka bumi di Kovir: dari kawasan pergunungan yang menjulang hingga ke hutan tebal, sebelum tiba di bandar pelabuhan Valdrest yang sibuk.

Pergerakan Ciri kelihatan semula jadi hasil daripada penggunaan Unreal Animation Framework, yang membolehkan animasi watak menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Teknologi ML Deformer pula menambah perincian halus seperti riak otot dan ekspresi wajah yang meyakinkan, menjadikan kehadiran Ciri dalam dunia permainan terasa lebih nyata.

Kovir sebagai dunia terbuka terasa hidup dengan bantuan sistem Mass AI dan teknologi MetaHuman UE5 yang menghidupkan Valdrest dengan pelbagai watak latar belakang yang bergerak secara dinamik serta bertindak balas secara semula jadi terhadap tindakan Ciri.

Dari peniaga yang sibuk menawar harga hingga kelasi yang memunggah barangan, bandar ini dipenuhi aktiviti harian yang mencipta suasana dunia sebenar. Teknologi FastGeo Streaming pula memastikan peralihan antara kawasan berlaku tanpa gangguan, baik ketika Ciri melalui lorong hutan mahupun ketika melangkah ke kawasan bandar.

Selain itu, Nanite Foliage rendering mengisi kawasan liar Kovir dengan tumbuhan subur yang amat terperinci—dari pokok tinggi hingga rumput yang melambai ditiup angin—semuanya tanpa menjejaskan prestasi permainan.

Untuk maklumat lanjut mengenai The Witcher 4 selain gameplay, sila layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: The Witcher 4
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Next Post

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd