Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Umbrella Academy Akan Berakhir Dengan Musim 4, Tarikh Tidak Diumumkan!

Maira by Maira
August 26, 2022
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
The Umbrella Academy Akan Berakhir Dengan Musim 4, Tarikh Tidak Diumumkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Kebelakangan ini, Netflix banyak membatalkan siri-siri original mereka. Tetapi untuk peminat The Umbrella Academy, nampaknya mereka boleh menarik nafas lega kerana siri tersebut akan kembali dengan musim 4. Tetapi malang sekali ianya merupakan musim terakhir untuk siri tersebut.

Family meeting, Brellies: We're going on a fourth and final adventure. ☂️🖤 pic.twitter.com/0zOYDb6Jwm

— Umbrella Academy (@UmbrellaAcad) August 25, 2022

Kalau anda ingin tahu, The Umbrella Academy merupakan adaptasi daripada komik yang dihasilkan oleh Gerard Way dan Gabriel Bá. Siri ini membawa anda mengikuti kisah sekumpulan kanak-kanak yang dilahirkan pada masa yang sama, hari yang sama serta mempunyai kebolehan unik masing-masing. Ia tertumpu pada tujuh watak yang telah diambil oleh Reginald Hargreevees sebagai anak angkat, yang dibesarkan untuk melindungi dunia.

Dengan musim ketiga membawa dimensi daripada garis masa yang lain, kita diperkenalkan pula dengan The Sparrow Academy. Pelbagai juga perkara yang terjadi dalam musim tersebut, dan nampaknya peminat boleh nantikan pengakhirannya dalam musim terbaru nanti.

Siri Netflix ini juga agak berbeza daripada kandungan komik tetapi masih mempunyai asas daripada karya tersebut. Disebabkan itulah agak susah untuk kita meneka penceritaannya dalam musim terakhir ini. Mungkin juga The Umbrella Academy 4 ini akan membuat penceritaan original dan memberikan penamat yang boleh menggembirakan semua peminat.

The Umbrella Academy

Apapun, dengan pengumuman rasmi mengenai The Umbrella Academy, nampaknya inilah titik terakhir untuk setiap watak dalam siri. Anda yang masih belum menontonnya, bolehlah melanggan Netflix dan habiskan siri ini sebelum musim terbaru dikeluarkan. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri Netflix daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: netflixThe Umbrella Academy
Previous Post

Filem adaptasi Bioshock diumumkan & barisan krew siri TV Horizon Zero Dawn didedahkan

Next Post

Skull & Bones: Ciri-ciri istimewa untuk pemain PC, siap sokongan 4K lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Skull & Bones: Ciri-ciri istimewa untuk pemain PC, siap sokongan 4K lagi!

Skull & Bones: Ciri-ciri istimewa untuk pemain PC, siap sokongan 4K lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd