Netmarble bersama pembangun Netmarble F&C telah mengumumkan bahawa The Seven Deadly Sins: Origin, sebuah free-to-play open-world action RPG, bakal dilancarkan di PlayStation 5 dan PC melalui Steam pada tahun 2025. Ini sekaligus menambah kepada platform yang telah diumumkan sebelum ini, iaitu iOS dan Android. Peminat kini sudah boleh meletakkan game ini dalam senarai wishlist di PlayStation Store.
Berdasarkan francais The Seven Deadly Sins yang terkenal di seluruh dunia dengan lebih 55 juta naskhah manga terjual, game ini mengajak pemain untuk menjelajahi dunia Britannia yang penuh warna-warni, direka dengan teliti untuk mencerminkan gaya visual anime asalnya. Trailer baharu yang mempamerkan visual dan gameplay akan dipertontonkan di acara Summer Game Fest 2025 Showcase pada 6 Jun nanti, memberikan gambaran yang lebih mendalam tentang game berskala besar ini.

Dalam The Seven Deadly Sins: Origin, pemain akan menggalas peranan sebagai Prince Tristan dari Kingdom of Liones dalam sebuah pengembaraan untuk memulihkan keamanan di Britannia. Selepas satu insiden misteri yang melibatkan pertembungan masa dan ruang mengakibatkan huru-hara di dunia tersebut, Prince Tristan akan memimpin misi ini. Game ini menampilkan jalan cerita original baharu dalam dunia The Seven Deadly Sins, dengan kemunculan watak-watak kegemaran peminat serta watak eksklusif baharu yang hanya terdapat dalam Origin. Pemain boleh membentuk pasukan dari pelbagai barisan watak, masing-masing dengan keupayaan unik, untuk bertarung melawan raksasa-raksasa gergasi dan merungkai rahsia yang tersembunyi di seluruh dunia dinamik Britannia.

Dunia luas Britannia menawarkan pemandangan yang mempesona, dungeon-dungeon berbahaya, serta harta karun rare yang menanti untuk ditemui. Selain pertarungan, pemain juga boleh menikmati aktiviti santai seperti memancing, memasak, atau menjelajah kawasan-kawasan yang belum diterokai bersama rakan-rakan dan sekutu. Pengalaman ini merentasi dimensi dan garis masa, memberikan peluang kepada pemain untuk mencipta legenda mereka sendiri bersama Prince Tristan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan trailer baharu di Summer Game Fest 2025 dan bersedia untuk memulakan pengembaraan di Britannia! Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post