Sudah lama peminat siri The Rising of the Shield Hero menunggu tarikh tayangan untuk musim seterusnya, dan nampaknya penantian itu berakhir. Melalui pengumuman di Twitter rasmi, The Rising of the Shield Hero S2 akan ditayangkan pada 6 April 2022! Seperti biasa, anda boleh menonton anime ini di platform penstriman yang tersedia.
Untuk anda yang tidak pernah mendengar mengenai siri ini, ia merupakan siri isekai yang dihasilkan Yusagi Aneko pada tahun 2012. Siri ini akhirnya dihasilkan sebagai novel ringan dengan artis, Minami Seira, yang menyediakan ilustrasi novel. Pada tahun 2014, The Rising of the Shield Hero mendapat adaptasi manga dan akhirnya mendapat adaptasi anime pada 2019 yang dihasilkan oleh studio Kinema Citrus.
Berikut adalah sinopsis untuk The Rising of the Shield Hero:
Empat Wira Kardinal ialah sekumpulan lelaki biasa dari zaman Jepun moden, dipanggil ke kerajaan Melromarc untuk menjadi penyelamatnya. Melromarc adalah sebuah negara yang dilanda Gelombang Bencana yang telah berulang kali memusnahkan tanah dan membawa bencana kepada rakyatnya selama berabad-abad. Empat pahlawan masing-masing dianugerahkan pedang, lembing, busur, dan perisai untuk mengalahkan Ombak ini. Naofumi Iwatani, seorang otaku, menjadi disumpah dengan nasib menjadi “Wira Perisai.” Berbekalkan perisai sahaja, Naofumi diremehkan dan diejek oleh rakan-rakan pahlawannya dan rakyat kerajaan kerana keupayaan serangannya yang lemah dan personaliti yang tidak bersemangat.

Nampaknya bulan April ini, banyak anime hebat kembali. Anda yang masih belum menonton musim pertama anime ini, bolehlah mula menonton sebelum musim baru ini ditayangkan. Kaguya-sama: Love is War S3 juga akan ditayangkan pada bulan yang sama. Siri anime musim ini pun sudah menghampiri penamat masing-masing. Kalau anda inginkan liputan lain mengenai anime, boleh klik pada pautan ini.
Sumber: Twitter @shieldheroanime
@gamersantaimy
Discussion about this post