Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Rampage Dalam Monster Hunter Rise

Juga pelbagai pendedahan lain

Amir Haziq by Amir Haziq
March 10, 2021 - Updated on April 29, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch, RPG
0 0
0
The Rampage Dalam Monster Hunter Rise
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Monster Hunter pasti teruja dengan kehadiran mod baru dalam Monster Hunter Rise yang akan datang, iaitu The Rampage. Developer bagi francais Monster Hunter ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai game terbaru mereka dimana peminat diberikan pilihan mod baru iaitu horde mode atau dikenali sebagai The Rampage. 

Monster Hunter Rise adalah siri ke-enam dalam game Monster Hunter selepas Monster Hunter World. Pemain dibawa sekali lagi ke daratan New World dan diberi peranan sebagai Hunter yang ditugaskan untuk membunuh atau memerangkap monster menggunakan pelbaagi senjata, alat dan ciri persekitaran. Dibangunkan berdasarkan perubahan yang  dibuat dari siri World, Rise merancang untuk menjadikan persekitaran peta dalam keaadaan lancar, dengan setting yang dizonkan seperti masa lalu. Selain beberapa monster yang kembali, lokasi peta dijadikan tempat tinggal beberapa monster baru dalam Rise, termasuklah Magnamalo, yang disebut “Wyvern of Malice.” Hunter dapat mengesan, mempelajari, dan berlawan makhluk-makhluk ini sama ada dalam single-player ataau membentuk parti sehingga 4 orang dalam multiplayer.

Selain perburuan normal, pemain dapat melakukan survival mode dalam menentang gelombang monster yang datang menyerang keamanan Kamura Village. Sebelum dan semasa serangan, para pemain dapat menyiapkaan berbagai senjata untuk pertahanan tambahan, seperti ballistae, gatling guns, cannons dan banyak lagi. Beberapa NPC akan turut datang untuk membantu mempertahankan  kampung yang diperintah pemain. Senjata pengepungan boleh dikendalikan oleh pemain atau NPC. Monster Horde akan dipimpin oleh makhluk yang sangat kuat disebut sebagai “Major Threats” atau “Apexes.” Cara yang efektif untuk membalikkan mereka adalah dengan menyalakan isyarat balas yang meningkatkan serangan Hunter pemain. Quest berakhir setelah gerombolan itu berjaya ditangkis atau bos monster telah dikalahkan.

Di dalam Rise, pemain dapat mengharapkan pembangunan yang signifikan berdasarkaan beberapa mekanik baru yang diperkenalkan di World. Ini termasuk companion seperti Palamute, makhluk seakan anjing yang boleh ditunggang pemain tanpa kehilangan stamina dan dapat memanjat tebing diskala menegak, dan Palico, binatang seakan kucing yang akan membantu pemain dalam pertempuran. Mirip dengan Clutch Claw dari pengembangan Iceborne, Wirebug akan membolehkan pemain bergelut dan berayun di celah atau ke lokasi yang lebih tinggi ketika mereka melintasi. Ciri “Wirefall” dapat digunakan untuk menghindari serangan selanjutnya setelah mengalami damage. Mereka juga turut dapat  menggunakannya untuk berinteraksi dengan monster terbang seperti Wyverns dan menunggangnya ke tahap yang terhad. Satu lagi ciri  terbaru untuk memperluaskan set pergerakan pemain disebut “Switch Skills,” yang memungkinkan pemain untuk menukar serangan biasa dan serangan silkbind sesuka hati, membiarkan hunters membuat gaya berburu pilihan mereka sendiri.

Jadi, apa pendapat korang? Rasa hype tak nak maind Monster Hunter Rise ni? Untuk lebih info dan update game ni, boleh layari laman rasmi dan laman sosial Facebook Monster Hunter.

Sumber dari: CBR.com

Muat turun di sini
Monster Hunter Rise
Publisher: Capcom
Release Date: 2021-03-26
Nintendo Switch
Monster Hunter Rise adalah permainan video permainan peranan yang akan datang dalam siri Monster Hunter, yang dikembangkan dan dihasilkan oleh Capcom untuk Nintendo Switch. Ia akan dikeluarkan pada 26 Mac 2021.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: #MonsterHunter#MonsterHunterRise#NintendoSwitchCapcomnintendo
Previous Post

Bethesda kini milik Microsoft, lebih banyak game eksklusif di Xbox & PC!

Next Post

PS5 percuma untuk dimenangi! Tonton sahaja movie Monster Hunter di GSC!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
PS5 percuma untuk dimenangi! Tonton sahaja movie Monster Hunter di GSC!

PS5 percuma untuk dimenangi! Tonton sahaja movie Monster Hunter di GSC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd