Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Mandalorian Musim 3 bakal mulakan penggambaran tidak lama lagi!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 6, 2021
in Artikel, Berita, Disney+, Movie/siri
0 0
0
The Mandalorian Musim 3 bakal mulakan penggambaran tidak lama lagi!
0
SHARES
336
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, pelakon kepada The Mandalorian dan Breaking Bad, iaitu Giancarlo Esposito telah berkongsi bahawa beliau akan memulakan pengambaran untuk The Mandalorian Musim 3 tidak lama lagi! Bagi yang tidak tahu, The Mandalorian adalah siri televisyen ruang angkasa Amerika yang dicipta oleh Jon Favreau untuk perkhidmatan streaming di Disney +. Ia adalah siri live-action pertama dalam francais Star Wars yang disetkan masa lima tahun selepas peristiwa Return of the Jedi, dan Pedro Pascal adalah watak utama dalam siri ini.

Esposito menyatakan bahawa produksi telah pun selesai penggambaran untuk Boba Fett, dan mereka akan memulakan The Mandalorian Musim 3 tidak lama lagi. Memandangkan Pedro Pascal sedang berada di Kanada untuk rakaman rancangan HBO, iaitu The Last of Us, jadi produksi The Mandalorian tidak perlu menunggunya kerana watak Pascal dalam siri itu selalu memakai helmet.

Walau bagaimanapun, watak The Mandalorian telah mula menanggalkan helmet mereka pada akhir Musim 2 yang lalu, dan ramai peminat membuat spekulasi bahawa mereka akan melihat lebih banyak adegan yang menunjukkan wajah Pascal. Namun, Esposito tidak mahu menjawab mengenai itu dan menyatakan perjanjian mereka di siri ini adalah memakai helmet. Beliau juga mengesahkan bahawa peminat akan melihat lebih banyak watak Moff Gideon, tetapi tidak dinyatakan maklumat lebih terperinci mengenainya.

Giancarlo Esposito memegang peranan Moff Gideon dalam The Mandalorian, dimana wataknya memimpin Empire dan mempunyai Darksaber. Gideon ingin mencari Grogu untuk mendapatkan darah bagi eksperimennya, tetapi telah dihalang oleh Din Djarin yang merupakan seorang bounty hunter Mandalorian. Gideon akhirnya dikalahkan oleh Djarin dalam pertempuran serta ditawan, dan Darksaber miliknya diambil Djarin.

The Book of Boba Fett dijangka akan mula ditayangkan di Disney+ pada bulan Disember ini. Buat masa ini, tidak banyak maklumat didedahkan kecuali siri ini adalah spin-off yang akan memfokuskan pada bounty hunter terkenal sahaja. Namun, peminat mungkin akan dapat mengetahui lebih banyak maklumat tidak lama lagi.

Sumber: Gamespot

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Disney+Giancarlo Espositostar warsThe Mandalorian
Previous Post

Senarai anime harem terbaik yang boleh anda layan ketika bosan!

Next Post

Macam VALORANT… Tapi bukan… NetEase mendedahkan “Project M” untuk mobile

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Macam VALORANT… Tapi bukan… NetEase mendedahkan “Project M” untuk mobile

Macam VALORANT... Tapi bukan... NetEase mendedahkan "Project M" untuk mobile

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd