Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Little Mermaid, Mufasa, Inside Out 2 dan Banyak Lagi Filem Hebat Disney Didedahkan Semasa D23 Expo!

Maira by Maira
September 12, 2022
in Animasi, Artikel, Berita, Disney+, Filem, Movie/siri
0 0
0
The Little Mermaid, Mufasa, Inside Out 2 dan Banyak Lagi Filem Hebat Disney Didedahkan Semasa D23 Expo!
Share on FacebookShare on Twitter

Sepanjang hujung minggu yang lalu berlangsungnya acara khas yang dinanti-nantikan oleh peminat filem dan animasi Disney iaitu D23 Expo 2022. Bukan setakat Disney sahaja, produksi lain seperti Marvel, Pixar, Lucasfilm dan 20th Century Studios juga tampil dengan pelbagai pengumuman hebat tersendiri!

Ingin tahu apa yang didedahkan sepanjang D23 Expo ini? Kami telah senaraikan beberapa tajuk menarik yang telah diumumkan oleh Disney dan Pixar! Tanpa membuang masa, jom kita lihat senarai tersebut!

Disney

  • The Little Mermaid Live Action

Trailer baru yang menampilkan watak Ariel yang dibawa oleh Halle Bailey. Filem ini merupakan remake kepada filem animasi dengan tajuk yang sama. The Little Mermaid dijadualkan untuk tayangan pada Mei 2023.

  • Mufasa: The Lion King Live Action

Mufasa merupakan filem prekuel The Lion King. Kali ini kita akan melihat kehidupan Mufasa semasa dia kecil pula. Filem ini dijadualkan untuk keluar pada tahun 2024.

  • Snow White Live Action

Logo rasmi untuk filem telah didedahkan tetapi tiada trailer rasmi yang ditayangkan. Dikhabarkan bahawa filem ini dihasilkan untuk era moden. Buat sementara ini, tiada footage rasmi yang dikeluarkan.

  • Disenchanted

Sekuel kepada filem Enchanted yang ditayangkan pada 2007. Ia membawa penonton kepada kehidupan Giselle selepas 10 tahun. Akan ditayangkan pada 24 November di Disney+ Hotstar.

  • Peter Pan & Wendy

Sebuah lagi filem live action daripada Disney yang menceritakan semula kisah Peter Pan. Filem ini akan hadir ke Disney+ Hotstar pada tahun 2023.

  • Strange World

Trailer terbaru filem telah didedahkan semasa acara. Ia mengisahkan sebuah keluarga pengembara yang terancam dengan sesuatu dalam kembara terbaru mereka. Strange World akan tiba di pawagam November ini!

  • Wish

Filem animasi original terbaru Disney yang akan ditayangkan pada 2023. Wish mengisahkan Asha, gadias 17 tahun yang telah merayu kepada bintang, dan dijawab oleh kuasa kosmik yang dipanggil Star. Mereka akan hadapi musuh yang hebat untuk menyelamatkan komunitinya dan membuktikan bahawa keajaiban boleh berlaku.

  • Zootopia+

Siri original berdasarkan filem animasi Zootopia. Ia akan mempunyai 6 episod serta memaparkan watak-watak daripada filem.

Disney + Pixar

  • Inside Out 2

Sekuel kepada filem Inside Out yang ditayangkan pada 2015. Kini Amy Poehler sudah menjadi seorang remaja dan emosi baru juga akan diperkenalkan. Tarikh tayangan masih belum didedahkan.

  • Elemental

Filem original terbaru Pixar yang melibatkan elemen ini akan ditayangkan pada Jun 2023. Ia mengisahkan kisah pencintaan antara watak elemen air dan elemen api.

  • Elio

Satu lagi filem terbaru Pixar yang membawa kita melihat Elio, seorang lelaki 11 tahun yang menjadi orang pertama berinteraksi dengan makhluk asing. Konsep filem ini telah didedahkan semasa acara.

Banyak betul filem-filem dan siri menarik Disney yang akan datang. Tidak sabar untuk tonton semuanya nanti. Cerita mana yang paling anda tidak sabar untuk menontonnya? Boleh kongsi kepada kami di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem atau siri daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: D23 ExpodisneyDisney+ HotstarPixar
Previous Post

RSG menjadi Juara bagi Predator League 2022 Malaysia Dota 2 serta membawa pulang RM 11000!

Next Post

Game Captain America & Black Panther diumumkan, bakal berperang menentang Hydra!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Game Captain America & Black Panther diumumkan, bakal berperang menentang Hydra!

Game Captain America & Black Panther diumumkan, bakal berperang menentang Hydra!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd