Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom pamerkan gameplay baharu, visual masih mengagumkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 9, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom pamerkan gameplay baharu, visual masih mengagumkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas lama mendiamkan diri, The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom akhirnya muncul di acara Nintendo Direct hari ini dengan trailer gameplay serba baharu yang mempamerkan semua perubahan Hyrule.

Berikut adalah trailer-nya:

Video di atas bermula dengan pemandangan yang gelap ketika kita melihat kemusnahan Istana Hyrule. Pada masa yang sama, dunia kini dipenuhi dengan musuh baharu seperti seekor naga dan golem batu gergasi – yang sepatutnya memberi cabaran lagi unik untuk Link, sang protagonis kami.

Untuk meneroka dunia baharu ini, Link diberi beberapa kaedah perjalanan baharu termasuk kebolehan untuk meluncur di atas ‘railing’ dan memandu beberapa objek termasuk sejenis kereta dan mesin terbang. Bukan itu sahaja, dia juga mampu memakai sejumlah senjata baharu termasuk anak panah yang mampu mengikut musuh dan pelancar bebola api.

Jika dibandingkan dengan game sebelum, Tears of the Kingdom masih nampak sangat mirip dengan Breath of the Wild, tetapi kini mempunyai lebih banyak ciri dan mekanik untuk dicuba oleh pemain.

Sebagai tambahan, The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom Collector’s Edition akan dikeluarkan pada hari pelancaran dan termasuk versi fizikal game, artbook dengan seni konsep, sarung Steelbook, poster keluli Iconart dan set empat lencana pin. Figura amiibo baharu Link daripada game ini juga akan tersedia secara berasingan yang memberikan akses kepada bahan dan senjata, serta fabrik khas untuk paraglider milik Link.

Nasib baiklah korang tidak perlu menunggu lama kerana The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom masih akan dilancarkan pada 12 Mei 2023 untuk platform Nintendo Switch sahaja. Pre-order kini dibuka buat sesiapa yang berminat.


Untuk segala liputan kami tentang francais Zelda, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Nintendo directThe Legend of Zelda: Tears of the Kingdom
Previous Post

Apex Legends Season 16 — Info Lengkap Musim Terbaru Serta Acara Ulang Tahun!

Next Post

Nintendo umum Metroid Prime Remastered – Tersedia hari ini di Nintendo Switch!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Nintendo umum Metroid Prime Remastered – Tersedia hari ini di Nintendo Switch!

Nintendo umum Metroid Prime Remastered - Tersedia hari ini di Nintendo Switch!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd