Penantian hampir berakhir—The Last of Us Part II Remastered akan tiba di PC pada 3 April 2025. Sama ada anda baru mengembara bersama Ellie dan Abby buat pertama kali atau kembali untuk pengalaman baharu, versi ini hadir dengan peningkatan khas untuk PC, visual yang lebih baik, serta kandungan baharu.

Versi PC The Last of Us Part II Remastered merangkumi semua penambahbaikan daripada edisi PlayStation 5, termasuk mod roguelike No Return, Guitar Free Play, dan ulasan eksklusif daripada pembangun. Dioptimumkan untuk PC, versi ini menyokong:
- Nvidia DLSS 3 & AMD FSR 4 untuk upscaling dan frame generation
- Pilihan VSync & kadar bingkai tanpa had
- Sokongan DirectStorage untuk loading time lebih pantas
- Tetapan grafik canggih, termasuk kualiti tekstur, bayang-bayang, pantulan, dan banyak lagi

Ia juga menawarkan sokongan ultralebar (21:9, 32:9, dan 48:9 dengan keserasian tiga monitor) serta resolusi 4K untuk pengalaman visual menakjubkan. Dari segi kawalan, pemain boleh menyesuaikan sepenuhnya tetapan dengan sokongan penuh untuk keyboard & mouse, keserasian gamepad, serta maklum balas haptik DualSense untuk pengalaman lebih imersif.
Untuk memastikan pengalaman terbaik pada pelbagai jenis perkakasan, daripada PC berprestasi tinggi hingga jenis berbajet, berikut adalah spesifikasi yang disyorkan berdasarkan tetapan grafik yang berbeza:

Minimum (720p @ 30 FPS, Low Setting)
- CPU: Intel Core i3-8100 / AMD Ryzen 3 1300X
- GPU: NVIDIA GeForce GTX 1650 / AMD Radeon RX 5500XT
- RAM: 16 GB
- Storan: 150 GB SSD
- OS: Windows 10/11 (Versi 1909 atau lebih baru)
Recommended (1080p @ 60 FPS, Medium Setting)
- CPU: Intel Core i5-8600 / AMD Ryzen 5 3600
- GPU: NVIDIA GeForce RTX 3060 / AMD Radeon RX 5700
- RAM: 16 GB
- Storan: 150 GB SSD
- OS: Windows 10/11 (Versi 1909 atau lebih baru)
High (1440p @ 60 FPS, High Setting)
- CPU: Intel Core i7-9700K / AMD Ryzen 7 3700X
- GPU: NVIDIA GeForce RTX 3070 / AMD Radeon RX 6800
- RAM: 16 GB
- Storan: 150 GB SSD
- OS: Windows 10/11 (Versi 1909 atau lebih baru)
Very High (4K @ 60 FPS, Very High Setting)
- CPU: Intel Core i7-11700 / AMD Ryzen 7 5700X
- GPU: NVIDIA GeForce RTX 4080 / AMD Radeon RX 7900XT
- RAM: 32 GB
- Storan: 150 GB SSD
- OS: Windows 10/11 (Versi 1909 atau lebih baru)
Adakah Spesifikasi Terlalu Berat?

Untuk kebanyakan pemain (Minimum/Recommended): Tidak. Keperluan sistem adalah munasabah, kerana ia masih menyokong perkakasan dari 2017 hingga 2022. Pemain dengan PC mid-range dari 2020-2022 (contohnya, Ryzen 5 3600, RTX 3060) boleh menikmati pengalaman 1080p pada 60 FPS dengan tetapan medium tanpa masalah.
Untuk pemain High-End (High/Very High): Agak berat. Tetapan High masih boleh dicapai bagi mereka yang memiliki perkakasan high-end dari 2020-2021. Namun, tetapan Very High (4K @ 60 FPS) memerlukan spesifikasi premium seperti RTX 4080 dan 32 GB RAM. Walaupun 32 GB RAM semakin biasa, ia masih melebihi apa yang digunakan oleh kebanyakan gamer pada masa ini.
Pelancaran pada 3 April semakin hampir! Anda boleh membuat pra-beli The Last of Us Part II Remastered untuk PC sekarang di Steam dan Epic Games Store.
@gamersantaimy
Discussion about this post