Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Last of Us Part 1 PC terima kemas kini “Hotfix” pertama! Adakah cukup memberi kepuasan kepada pemain?

safwan by safwan
March 30, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PC, PS5, Steam
0 0
0
The Last of Us Part 1 PC terima kemas kini “Hotfix” pertama! Adakah cukup memberi kepuasan kepada pemain?
Share on FacebookShare on Twitter

Memandangkan The Last of Us Part 1 telah menerima kritikan negatif sejak dilancarkan semalam, Naughty Dog telah mengeluarkan kemas kini “hotfix” pertama dengan memfokuskan kepada peningkatan prestasi dan kestabilan game.

Pasukan Naughty Dog kini sedang memerhatikan laporan pemain dengan teliti dan secara aktif mengusahakan patch dengan lebih banyak pembetulan bug yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Berikut adalah nota patch v1.0.1.5 yang dikeluarkan:

  • Memperbaiki beberapa isu berkaitan prestasi & halangan yang memberi kesan kepada sesetengah pemain.
    • Penambahbaikan dan penyiasatan tambahan berdasarkan maklum balas pemain sedang dijalankan.
  • Menambah beberapa maklumat diagnostik crash tambahan untuk membantu menyiasat crash berkaitan dengan “shader building” dan isu kestabilan lain yang dilaporkan.

Nampaknya “shader building” adalah salah satu punca utama di sebalik masalah seperti stuttering dan “loading time” yang sangat teruk. Menurut laporan daripada “change log”, ia melaporkan bahawa patch baharu telah mengubah beberapa fail termasuk fail yang berkaitan dengan “shader”.

Masalah ini telah berlarutan sehingga ramai pemain menyalahkan Iron Galaxy kerana telah mengendalikan port PC untuk The Last of Us sangat teruk seperti port PC Batman Arkham Knight. Walau bagaimanapun, anda jangan lupa yang mereka juga telah berjaya membawa masuk Metroid Prime Remastered, Crash Bandicoot N Sane Trilogy dan Spyro Reignited Trilogy di mana ketiga-tiga game ini telah diterima dengan sangat positif.

Harap-harap, kemas kini “hotfix” yang dikeluarkan ini membantu para pemain untuk mendapatkan pengalaman bermain yang lancar dan tidak menghadapi sebarang masalah dalam The Last of Us Part 1 PC. Saya ingin mengingatkan anda bahawa kemas kini ini adalah kecil sahaja dan mereka akan mengeluarkan kemas kini yang besar pada masa akan datang.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: steamThe Last of UsThe Last of Us Part 1
Previous Post

DLC ‘Forspoken – In Tanta We Trust’ akan tiba Mei 2023 – kisah prekuel!

Next Post

Koleksi UT UNIQLO Detective Conan Akan Hadir ke Malaysia Pada Mei Ini!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Koleksi UT UNIQLO Detective Conan Akan Hadir ke Malaysia Pada Mei Ini!

Koleksi UT UNIQLO Detective Conan Akan Hadir ke Malaysia Pada Mei Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd