Kita telah menerima berita penangguhan game multiplayer, The Last of Us Online pada bulan Mei yang lalu. Kami pasti ramai yang ternanti-nantikan game multiplayer tersebut. Malangnya Naughty Dog telah membuat keputusan untuk membatalkan pembangunan untuk game tersebut. Perkara ini telah diumumkan melalui blog mereka dengan mesej seperti berikut:

“Kami menyedari ramai daripada anda telah menjangkakan berita mengenai projek yang kami panggil The Last of Us Online. Tidak ada cara mudah untuk memberi berita ini: Kami telah membuat keputusan yang sangat sukar untuk menghentikan pembangunan game itu.
Kami tahu berita ini akan menjadi sukar untuk ramai, terutamanya komuniti The Last of Us Factions kami yang berdedikasi, yang telah mengikuti multiplayer kami dengan tekun. Kami juga sedih di studio kerana kami tidak sabar-sabar untuk meletakkannya di tangan anda. Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa latar belakang bagaimana kami membuat keputusan ini.”

Menurut Naughty Dog, mereka telah memulakan pra-produksi untuk The Last of Us Online sambil menghasilkan The Last of Us Part II. Mereka juga teruja dengan segala pencapaian yang mereka dapatkan sepanjang penghasilan game itu. Tetapi mereka sedar bahawa banyak sumber yang perlu digunakan selepas pelancaran game tersebut nanti untuk tahun-tahun yang akan datang. Ditambah pula dengan penghasilan game single-player baharu yang dibangunkan, mereka akhirnya membuat keputusan untuk terus menumpukan pada penghasilan game naratif single-player.

Mereka juga menyatakan bahawa ada banyak lagi perkara baharu yang bakal dikongsikan pada masa akan datang. Jadi kita nantikan sahaja game baharu daripada mereka nanti.
Untuk mendapatkan berita terkini mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post