Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Hundred Line: Last Defense Academy – Dibuat Oleh Pencipta Danganronpa!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 19, 2024
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, Steam, Taktikal
0 0
0
The Hundred Line: Last Defense Academy – Dibuat Oleh Pencipta Danganronpa!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, Aniplex telah mengumumkan judul adventure strategi RPG ‘The Hundred Line: Last Defense Academy‘ yang akan dilancarkan di Nintendo Switch dan PC melalui Steam pada awal 2025.

Berikut adalah trailer rasmi:

“Project Extreme x Despair tiba! Daripada pencipta siri Danganronpa dan Zero Escape hadirlah game pengembaraan serba baharu!”

“Takumi Sumino ialah seorang remaja biasa yang tinggal di Tokyo Residential Complex, tempat di mana setiap hari adalah seperti semalam dan tiada perkara buruk yang pernah berlaku. Semua itu berubah apabila raksasa aneh menyerang bandar dan mula menimbulkan malapetaka.”

“Makhluk aneh yang menggelarkan diri sebagai Sirei mula muncul dan menawarkan kuasa kepada Takumi untuk melindungi orang yang dia sayang… Apa yang dia perlu lakukan hanyalah menikam dadanya sendiri!”

Kredit: Aniplex

“Selepas itu, Takumi berada di Last Defense Academy, sebuah sekolah yang dikelilingi oleh tembok api dari dunia lain. Dia dan 14 pelajar lain telah dimasukkan ke Special Defense Unit, sebuah pasukan yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan sekolah untuk 100 hari akan datang.

“Berapa banyak yang mereka sanggup berkorban untuk memulihkan kehidupan normal dan menyelamatkan dunia daripada penceroboh sekolah yang mengerikan?”

“Tirai dibuka pada 100 hari perang dan berputus asa…”

Kredit: Aniplex

Gameplay Umum

Kredit: Aniplex

Sama seperti Danganronpa dan Zero Escape, pilihan pemain akan mempengaruhi gameplay The Hundred Line: Last Defense Academy. Sebanyak 100 ending boleh ditemui dalam game ini – pilihan Takumi akan menentukan masa depannya, tetapi tidak diketahui apakah akibat daripada setiap keputusan…

Apabila penceroboh menyerang, terpulang kepada anda untuk melindungi sekolah dalam pertempuran RPG strategi. Gunakan Specialist Skills unik setiap pelajar untuk mengubah arus pertempuran supaya memihak kepada anda!

Kredit: Aniplex

Semasa masa lapang, anda boleh meluangkan masa dengan rakan sepasukan untuk mengeratkan hubungan, atau menerokai hutan belantara dan runtuhan di luar sekolah. Anda juga boleh menggunakan item yang ditemui untuk mencipta pelbagai hadiah supaya boleh diberi kepada rakan-rakan – agar mereka menjadi lebih akrab dengan anda!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: The Hundred Line: Last Defense Academy
ShareTweetSend
Previous Post

Nintendo Umum ‘The Legend of Zelda: Echoes of Wisdom’, Zelda Jadi Hero, Bukan Link!

Next Post

MOBA Honor Of Kings Tersedia Sekarang Di Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
MOBA Honor Of Kings Tersedia Sekarang Di Malaysia!

MOBA Honor Of Kings Tersedia Sekarang Di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd