Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Division Heartland Dedahkan Gameplay Serta Kawasan Baru, Silver Creek!

Maira by Maira
April 21, 2023
in Artikel, Berita, Game, Shooter, Survival
0 0
0
The Division Heartland Dedahkan Gameplay Serta Kawasan Baru, Silver Creek!
Share on FacebookShare on Twitter

The Division Heartland yang telah diumumkan pada September tahun lalu akhirnya mendedahkan gameplay serta latar belakangnya semasa livestream The Division Day. Jom kita lihat apa yang menanti dalam Heartland!

Game ini membawa kita ke sebuah bandar terpencil bernama Silver Creek, yang terletak di Middle America. Ia merupakan sebuah tempat yang aman sehinggalah racun hijau misteri, Dollar Fly merebak di bandar itu. Kini Silver Creek menjadi sebuah tempat persekitaran yang bermusuhan yang dipenuhi dengan pencemaran maut, gerombolan musuh yang berkeliaran, dan ancaman penyakit dan penyahhidratan yang menjulang. Berjuang bersama dan menentang Agent terlatih lain untuk menyelamatkan tanah air Amerika yang dilupakan.

Anda akan diperkenalkan kepada Mackenzie Reed, seorang Agent yang ditugaskan ke Silver Creek. Dia kini cuba untuk mengetahui mengapa Killian Tower, yang merupakan seorang Komander yang hebat kini menyerang Silver Creek atas sebab yang tidak diketahui. Ikuti Mackenzie dalam menemui misteri yang menyelubungi Killian dan Dollar Flu.

Heartland ialah game shooter survival aksi percuma baharu daripada francais The Division. Ia akan menampilkan permainan PvPeP yang dinamik, yang akan membuatkan pemain untuk berfikir dengan cepat dan berpotensi bekerjasama untuk keluar dengan selamat dengan loot mereka.

Anda akan bertemu dengan ramai muka baru kerana akan ada watak baharu yang diperkenalkan dalam game. Apabila melangkah ke Silver Creek, anda perlu menyelesaikan set misi yang tersedia untuk melindungi bandar. Anda boleh mencari alatan di seluruh Silver Creek untuk memudahkan pergerakan anda bersama pasukan. Menjadi permainan bertahan hidup, anda boleh mengalami penyahhidratan. Jadi, lebih baik anda kumpul semua air bersih di sepanjang jalan.

Pada waktu malam, kesukaran game meningkat kerana akan ada lebih banyak musuh yang berkeliaran di sekitar bandar. Ia mungkin sukar tetapi ganjaran yang diberikan pasti berbaloi. Terdapat juga beberapa kawasan tercemar yang memerlukan anda menggunakan filter, tetapi filter yang diberikan adalah terhad. Dalam kawasan tersebut akan ada item yang berharga. Jadi rancang dahulu sebelum anda masuk ke kawasan tersebut.

Terdapat 3 kelas yang tersedia – Weapons Expert, Medic dan Survivalist. Weapons Expert kebanyakannya memberikan damage kepada musuh dengan senjata api dan turet manakala Survivalist membantu anda loot barang. Bagi medic, kebanyakannya untuk menyembuhkan Agent anda. Jadi, susun strategi dengan pasukan anda untuk menggunakan kelas dengan baik untuk bertahan dalam game.

Akhir sekali, terdapat hab untuk pemain yang dipanggil “Base of Operation” yang terletak di Rockit Rink di Silver Creek. Ia adalah ruang kongsi di mana pemain akan dapat bersosial, membentuk kumpulan, sesuaikan watak mereka, dan bersedia untuk Operasi seterusnya.

Buat masa ini, pendaftaran untuk ujian beta tertutup dibuka. Akan ada lebih banyak berita yang diumumkan kemudian pada musim panas. Jadi, bagi mereka yang ingin melangkah ke Silver Creek, jangan lupa untuk mendaftar di laman web rasmi game.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai The Division daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: The Division HeartlandTom Clancy's The Division
ShareTweetSend
Previous Post

Fasa Ujian Seterusnya Bagi The Division Resurgence Akan Dimulakan Pertengahan Tahun Ini!

Next Post

Aether Gazer kini buka pra-pendaftaran untuk iOS & Android!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Aether Gazer kini buka pra-pendaftaran untuk iOS & Android!

Aether Gazer kini buka pra-pendaftaran untuk iOS & Android!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd