Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Diamond Casino Heist akhirnya LIVE di GTA Online!

Untuk pemain yang dahagakan risiko.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 13, 2019
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
The Diamond Casino Heist akhirnya LIVE di GTA Online!
Share on FacebookShare on Twitter

The Diamond Casino Heist kini boleh didapati di GTA Online sebagai sebahagian daripada kemas kini terbaru, yang juga termasuk kereta baru, muzik baru, dan misi untuk mencari seorang pembunuh. The Diamond Casino Heist ialah antara operasi paling rumit dalam permainan di mana kamu harus mengambil semula Diamond Casino & Resort selepas ia diambil oleh keluarga Duggan. Ini menugaskan pemain untuk memecah masuk ke peti besi kasino tersebut dan mencuri segala isi di dalam.

Pemain akan bekerjasama dengan Georgina Cheng, VP di Cheng Holdings, untuk menyelesaikan misi ini. Georgina ingin membalas dendam selepas keluarga Duggan mencuri resort itu dari adiknya Tao dan Triads manakala pakar jenayah Lester Crest juga akan membantu dengan mengarahkan pemain untuk mencari lokasi, krew, dan peralatan yang diperlukan. Kamu hanya perlu menemui Lester di Mirror Park, dan masuk ke dalam Foreclosures Bank Maze untuk memperoleh hartanah baru iaitu Arcade.

Arcade ini mempunyai 12 permainan retro yang boleh dimainkan, dan semuanya disenaraikan di pengumuman rasmi Rockstar. Kamu akan merancang misi ini di ruang bawah tanah Arcade, sambil mengumpulkan intel, melakukan misi sampingan, dan merekrut: driver, gunman, dan hacker. Terdapat lima kenderaan baru yang ditambah dalam kemas kini ini dan ia terdiri daripada Karin Everon, Lampadati Komoda, Maxwell Asbo, Maxwell Vagrant, dan Vapid Retinue MKII.

Kamu mempunyai tiga pendekatan: senyap dan licik, menipu, atau agresif. Tidak kira mana satu kamu pilih, setiap pendekatan akan memaksa pemain membuat pilihan. Tetapi jangan risau! Jika kamu gagal, pemain masih boleh teruskan misi pada replay seterusnya. Akhir sekali, stesen Radio iFruit yang dihoskan oleh rapper Danny Brown memberi 27 lagu baru daripada artis-artis seperti Skepta dan Giggs.

 

1 of 3
- +
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GTA OnlineThe Diamond Casino HeistUpdate
Previous Post

[TGA 2019] Akhirnya selepas 6 tahun menanti, sekuel The Wolf Among Us 2 telah didedahkan!

Next Post

[TGA 2019] Senua’s Saga: Hellblade 2 ialah game rasmi pertama Xbox Series X!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[TGA 2019] Senua’s Saga: Hellblade 2 ialah game rasmi pertama Xbox Series X!

[TGA 2019] Senua's Saga: Hellblade 2 ialah game rasmi pertama Xbox Series X!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd