Setelah membangunkan Tempest Federation sebagai tanahnya sendiri, kini tiba saatnya untuk mempertahankannya! Akaun Twitter rasmi untuk That Time I Got Reincarnated as a Slime anime TV mendedahkan sebuah treler baru untuk musim kedua siri anime TV isekai, menayangkan tema pembukaan “Storyteller” oleh TRUE. Jom usha PVnya dahulu;
Juga diumumkan bahawa STEREO DIVE FOUNDATION akan mempersembahkan lagu tema akhir dengan ahli kumpulan R・O・N yang mengendalikan muzik latar untuk The Slime Dairies pada bulan April 2021.
✨━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
STEREO DIVE FOUNDATION
TVアニメ『転生したらスライムだった件 第2期』
エンディング主題歌の担当が決定❗️
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━✨
来年1月アニメ放送開始です!#転スラ #tensura @ten_sura_anime pic.twitter.com/4Fdmo7qZGs— R・O・N(STEREO DIVE FOUNDATION) (@RON_SDF) November 8, 2020
Selain itu, pelakon tambahan untuk siri ini juga diumumkan:
- Manami Numakura (Kohaku di Dr. STONE) sebagai Hinata Sakaguchi
- Chiaki Kobayashi (Makoto “Edamame” Edamura di THE GREAT PRETENDER) sebagai Shougo Taguchi
- Sho Nogami (Suguru Dojima di Bloom Into You) sebagai Kyouya Tachibana
- Hiyori Kono (Phil di THE PROMISED NEVERLAND) sebagai Kirara Mizutani
- Ai Kakuma (Makomo di Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba) sebagai Alvis
- Yo Taichi (Rika Seo di Tsurune) sebagai Sphere
- Satoshi Hino (Rengoku di Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba) sebagai Grousis
- Atsumi Tanezaki (Mizore Yoroizuka di Sound! Euphonium and Liz and the Blue Bird) sebagai Myuuran
Jadi pada sesiapa ingin menonton musim kedua That Time I Got Reincarnated as a Slime, ianya akan distrim lansung di Crunchyroll sama waktu dengan tayangan di Jepun. Anda boleh lihat diskripsi anime ini dibawah;
Pekerja korporat Mikami Satoru ditikam oleh pembunuh rawak, dan dilahirkan semula ke dunia alternatif. Tetapi dia ternyata dilahirkan semula sebagai SLIME! Dilemparkan ke dunia baru ini dengan nama Rimuru, dia memulakan usahanya untuk menciptakan dunia yang menyambut semua kaum.
Bahagian pertama That Time I Got Reincarnated as a Slime musim 2 akan bermula pada 12 Januari 2021, dengan bahagian kedua anime ditayangkan pada musim Summer 2021. Di antara mereka akan ada siri anime TV spin-off, The Slime Diaries, yang memberikan peminat lebih dari 9 bulan That Time I Got Reincarnated as a Slime!
Sumber: That Time I Got Reincarnated as a Slime Twitter
@gamersantaimy
Discussion about this post