Baru-baru ini, TGV Cinemas membuat pengumuman bahawa mereka akan tayangkan filem tokusatsu Kamen Rider Geats x Revice: Movie Battle Royale pada 30 Mac di Malaysia. Turut akan tampil Kamen Rider Ryuki, ini merupakan filem terkini dalam keseluruhan francais.

Berikut adalah trailer bahasa Jepun bagi filem:
Secara lebih khusus, Kamen Rider Geats × Revice: Movie Battle Royale ialah filem crossover tokusatsu Jepun antara Kamen Rider Geats, Kamen Rider Revice dan Kamen Rider Ryuki, dan dibuat sempena ulang tahun ke-20.
Merupakan filem ke-13 dalam siri ‘Movie War’, ketiga-tiga Geats, Revice dan Ryuki akan berperang antara satu sama lain dalam permainan baharu Desire Royale.

Ace Ukiyo dan Kamen Rider lain yang bertanding di Desire Grand Prix dijemput ke permainan baharu yang dipanggil “Desire Royale”.
Dengan identitinya masih tersorok, individu ini bersembunyi di sebalik bayang gelap dan menggunakan tipu daya berbeza untuk mengumpulkan pelbagai Kamen Rider ke dalam satu perang besar!
Berikutan kemunculan seorang Kamen Rider misteri, perang kejam ini serta-merta bermula! Kamen Rider Geats dan rakan-rakan lain kini terperangkap, dan terpaksa berdepan dengan kumpulan Kamen Rider Revice dan beberapa Kamen Rider legenda lain.
Sinopsis

Senarai Kamen Rider yang akan muncul:
- Kamen Rider Geats – Ace Ukiyo
- Kamen Rider Tycoon – Keiwa Sakurai
- Kamen Rider Na-Go – Neon Kurama
- Kamen Rider Buffa – Michinaga Azuma
- Kamen Rider Glare – Girori
- Kamen Rider Revi – Ikki Igarashi
- Kamen Rider Vice – Vice
- Kamen Rider Live – Daiji Igarashi
- Kamen Rider Evil – Kagero
- Kamen Rider Jeanne – Sakura Igarashi
- Kamen Rider Over Demons – Go Tamaki
- Kamen Rider Aguilera – Hana Natsuki
- Kamen Rider Juuga – George Karizaki
- Kamen Rider Ryuki – Shinji Kido
- Kamen Rider Knight – Ren Akiyama
- Kamen Rider Ouja – Takeshi Asakura
- Kamen Rider Ryuga – Dark Shinji
Sekali lagi saya ingatkan, TGV Cinemas akan tayangkan filem Kamen Rider Geats x Revice: Movie Battle Royale pada 30 Mac di Malaysia. Tetapi tarikh masih belum disahkan lagi, jadi harap-harap tiada perubahan.
Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post